Kerajaan BN merupakan kerajaan yang 'sangat prihatin' kepada rakyat sebab itulah polisi insurans kenderaan yang berusia lebih 10 tahun dinaikkan.
Ternyata Satu Malaysia, rakyat diutamakan hanya slogan retorik Najib mengaburi mata rakyat.
Mana realiti slogan itu, belum pun sampai setengah tahun jadi perdana menteri unsur cengkaman terhadap rakyat sudah mulai nampak dan ini menambahkan kesengsaraan rakyat yang telah lama dibebankan dengan harga barangan yang melambung tinggi.
Kenaikan insurans kereta dan motosikal melebihi 100 peratus sebelum ini menjadi rungutan rakyat benar-benar membebankan rakyat.
Saya pernah membangkitkan isu ini beberapa bulan lalu. Namun ketika itu ianya tidak jelas dan tidak diberi perhatian sangat sehinggalah ianya meletup baru-baru ini.
Seperti yang kita sedia maklum masih ramai rakyat yang menggunakan kereta yang berumur 10 tahun ke atas. Malah kereta-kereta yang berumur 30 tahun ke atas seperti Toyata KE30, Toyota 'Tonggek', Datsun 120Y, Proton Saga Orient/Magma/Megavalve dan lain-lain masih banyak digunakan sehingga kini.
Kenderaan yang berumur 10 tahun keatas sebenarnya masih baik jika ianya diselenggara dengan baik.
Saya menggesa kerajaan supaya mengkaji semula polisi.
Rakyat Manek Urai mungkin ada jawapannya kepada kezaliman BN dalam isu ini. Gunakan kuasa 'demo' pada 14 Julai ini.
Comments
Nampaknya macam syarikat takaful/insuran sudah berpakat hebat tidak lagi jual third party insurans/takaful untuk kenderaan. Kerana banyak tuntutan dan tidak menguntungkan. Mereka lebih suka semua kenderaan lama membeli takaful/insuran KOMPREHENSIF yang harganya lebih tinggi.
Waktu tuntutan kecil, semua syarikat sibuk menjualnya. Alasan yang di berikan kini ialah tuntutan banyak lantas menjejaskan pendapatan syarikat. Ye ke?
Tentu ini menyusahkan rakyat. Majoriti rakyat memakai kenderaan lama dengan insuran/takaful third party kerana terbukti lebih menjimatkan. Tetapi syarikat melihat dari sudut lain.
Nampaknya inilah masa untuk memaksa rakyat mengeluarkan wang yang lebih banyak untuk membeli takaful/insuran komprehensif untuk kebarangkalian berlakunya accidents. Mungkin syarikat insuran/takaful lupa bahawa bagi kebanyakan kenderaan hampir-hampir yang tidak pernah berlaku accidents pun. Nampaknya syarikat besar pun sentiasa berhempas-pulas mencari jalan untuk buat duit dari poket orang susah.
Memang syarikat ini hebat bermain dengan perniagaan keberangkalian berlaku risiko.
Hasilnya selalunya mendapat untung daripada berlaku atau tidak berlakunya risiko tersebut. Ada ke syarikat insuran yang bangkrap kerana tuntutan melebihi pendapatan?
Bila sesuatu keberangkalian risiko sudah hampir pasti berlaku, kebiasaannya syarikat akan mengelak menjual produknya. Dulu bila skuad pemusnah bom nak diwujudkan di sebuah negara, tiada syarikat pun yang sanggup mengambil risikonya. Tapi ramaikah anggota skuad itu yang tercedera dan mati? Oleh itu hampir-hampir tiada risiko untuk menjalankan perniagaan risiko ini.
Kita faham bahawa syarikat insuran besar biasanya kroni BN/UMNO yang sudah berakar-umbi di negara kecil ini. Majoriti rakyat faham ini.
Nantilah kita tunjukkan rasa kurang puas hati kita melalui UNDI dalam pilihan raya umum. Kita hanya undi sesiapa saja yang mahu jadi kroni rakyat. Biar rakyat benar-benar merdeka di Malaysia Baru.
Kemerdekaan bermula dalam diri.
Tambahan: Memang Bank Negara Malaysia tidak membenarkan penanggung insurans memaksa pemilik kenderaan untuk membeli perlindungan insurans yang tidak diingini oleh pemilik kenderaan, sama ada perlindungan Komprehensif mahupun Pihak Ketiga. Pemilik kenderaan yang menghadapi masalah ini bolehlah berhubung dengan Pusat Hubungan Bersepadu, Jabatan Komunikasi Korporat, Bank Negara Malaysia, KL.
Tetapi apabila syarikat takaful/penanggung insurans tidak lagi jual insuran/takaful Pihak Ketiga, apa yang boleh BNM buat untuk menolong majoriti rakyat? Mudahkanlah rakyat.
ihsanhttp://malaysia-baru.blogspot.com/2009_06_01_archive.html