Saya yakin rakyat Malaysia akan bangkit menyatakan bantahan terhadap kekejaman ISA yang sudah bermaharajalela puluhan tahun tanpa belas kasihan.
Akta tidak bertamadun tidak mengenal mati hidup sakit demam maupun kasih sayang anak dengan ayah, isteri dengan suami dan sebagainya.
Kita mungkin masih ingat bagaimana Mohd Shah Satray yang masih ditahan sekarang tidak dibenarkan melawat ibunya yang sakit tenat sehinggalah ibu meninggal baru beliau dibenarkan keluar sebentar untuk menziarahi jenazah ibunya.
Kita juga masih terkenang bagaimana seorang ayah yang juga tahanan ISA hanya dibenarkan melawat anaknya setelah anaknya meninggal.
Selain itu As Syahid Ibrahim Libya pernah menentang penahanannya dibawah ISA sehingga beliau dibunuh kejam pada 19 Nov 1985 di Kampung Memali.
Berpuluh-puluh malah beratus-ratus pemimpin parti yang menentang kerajaan ditahan tanpa dibicarakan dan tidak diketahui apa kesalahan mereka.
Itu adalah antara rentetan kekejaman yang cukup menyayat hati kita. Maka sewajibnya kita turun beramai-ramai 1 Ogos ini untuk menyokong kempen memansuhkan ISA ini.
Comments
Jangankan dah bunuh ramai orang , malah tahan seorang pun didalam ISA juga, akan ditentang..
Nak tahu kenapa??
...sebab ISA @ INTERNAL SECURITY ACT (AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI) adalah satu daripada 3 undang-undang utama dinegara ini yang membolehkan kerajaan menahan sesiapa sahaja tanpa perlu didakwa dan dihadapkan dimahkamah .
....sebab seseorang akan ditahan untuk disoal siasat oleh SB bagi satu tempoh sehingg 60 hari.
Semasa dalam tahanan polis ini, orang itu akan dikenakan tekanan mental..manipulasi psikologi...layanan tidak berperikemanusiaan .
Terdapat banyak testimoni menunujukkan bahawa tahanan diseksa dengan kejam oleh polis SB.
Selepas soal-siasat 60 hari, seseorang tahanan itu seterusnya boleh dikenakan perintah tahanan selama 2 tahun di Kem Kamunting.
Perintah tahanan yang ditandatangani oleh Menteri Keseklamatan Dalam Negeri ini, boleh diperbaharui selama 2 tahun lagi berkali-kali tanpa batas.(IKUT SUKA AKU)..
RUMUSAN
ISLAM AGAMA KESEJAHTERAAN
.....BERPAKSIKAN KEPADA PRINSIP KEADILAN DAN KEBENARAN. APA SAJA JENIS KESALAHAN YANG HENDAK DISELESAIKAN MELALUI 1 JENIS HUKUMAN @ PEMULIHAN , HENDAKLAH DIBIRAKAN SECARA ADIL DAN TERBUKA.
ISLAM MENOLAK PENAHANAN TANPA BICARA.
Oleh itu..marilah beramai-ramai kita turun... berhimpun menyatakan bantahan kita terhadap sebarang kezaliman sesama insan tanpa mengira bangsa dan agama.