H1N1 MULA MENGGANAS DI MALAYSIA, BALA DARI ALLAH

H1N1 atau selsema babi mula mengganas di Malaysia apabila ianya meragut nyawa korban kedua semalam.
Seorang lelaki tempatan yang bekerja di Belgium, meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A (H1N1) tengah hari semalam, menjadikannya korban kedua pandemik itu di negara ini, setakat ini.
Lelaki berusia 46 tahun itu dilaporkan mati akibat ‘pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut’ selepas tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, dekat sini.
Sehingga kini lebih dari 1,000 orang dilaporkan dijangkiti virus merbahaya ini. Namun kita masih belum jelas apakah tindakan drastik yang dilakukan oleh kerajaan. Setiap hari Menteri Kesihatan mengumumkan bilangan mangsa H1N1 tetapi tindakan tegas dan serius masih belum dilakukan.
Mungkin kerajaan ingin menunggu ianya menjadi lebih parah baru tindakan hendak diambil. Sudah menjadi resam di negara kita sudah terhantuk baru terngadah.
Selain itu saya melihat wabak ini adalah bala yang diturunkan oleh Allah kepada manusia di dunia ini yang jelas zalim, tamak, ingkar dan bongkak kepada Allah.
Di negara kita juga kita lihat ramai umat Islam yang mengaku Islam tetapi meninggal ajaran Islam sebenar. Lihat sahaja bagaimana gejala maksiat seperti zina, minum arak, pergaulan bebas dan maksiat lain dilakukan tanpa segan silu. Malangnya kerajaan BN yang memerintah sekarang bukan sahaja tidak menghalang gejala ini malah menggalakkan program-program maksiat seperti konsert, pergaulan bebas, membiarkan sarang-sarang pelacuran terus beroperasi, penjualan arak secara bebas, perjudian diberikan lesen dan lain-lain.
Malah kerajaan sekarang begitu bongkak apabila terus meminggirkan hukum Allah dari sistem pentadbiran, menjunjung sistem ekonomi riba dan sebagainya.
Saya mengharapkan pemimpin yang ada hari ini insaf dan kembali kepada Allah demi keselamatan dan kesejahteraan kita semua di dunia dan akhirat.

Comments

Anonymous said…
"Saya mengharapkan pemimpin yang ada hari ini insaf dan kembali kepada Allah demi keselamatan dan kesejahteraan kita semua di dunia dan akhirat"

korang Pas dah insaf ke?..bangang..ckp org lebih tp ko ni mmg tak guna otak le sofi..mcm mana boleh jd ketua penerangan Pas melaka tp penarangan secara ilmiah kosong..menipu lagi kuat..

jahanam Pas..
Anonymous said…
woi anon....die ckp lebih die punyer pasal rr....suke ati die rr....ni blog ie....ie wat blog ie ad ie pakai komputer ko?...ad ie mntk ko duit bayar duit internet?....ko kate org bangang tapi x sedar diri ko tu lg lahabau....