Sepatutnya seorang suami menjadi pelindung kepada isteri dan berusaha sedaya upaya untuk menutup aib isteri dan diri sendiri. Tetapi seorang suami di Kuantan bertindak sebaliknya.
Beliau dihukum enam bulan penjara dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan semalam selepas mengakubersalah mengedar gambar lucah isterinya bulan lalu.
Si suami, seorang pembekal alat ganti, didakwa mengedar enam keping gambar lucah adegan seks dalam bentuk salinan fotostat kertas bersaiz A4 di Court Mammoth, Jalan Abdul Aziz, Kuantan, kira-kira 8 pagi hingga 12 malam, antara 28 Jun dan 7 Julai lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pada 13 Julai lalu, seorang kerani wanita berusia 41 tahun telah membuat laporan polis berkaitan pengedaran gambar lucah yang didakwa dilakukan oleh suaminya.
Pendakwaan dijalankan oleh Cif Insp Muhamad Azman Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.
Laporan ini dipetik dari Bernama dan Malaysiakini.
Comments