DEWAN MUSLIMAT BANTU MANGSA KEBAKARAN

Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka telah menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Terentang Jasin baru-baru ini.

Dalam majlis ringkas penyampaian derma tersebut, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Dr Khatijah Jumangat sendiri menyampaikan derma tersebut keluarga Mohd Johari Hassan, 42 di rumah keluarga mereka di Kampung Terentang.

Keluarga Mohd Johari Hassan tinggal sehelai-sepinggang apabila rumah mereka hangus terbakar dalam satu kejadian pada kira-kira jam 10 pagi di Batu 20, Kampung Terentang, Jasin, di sini, baru-baru ini.

Menurut Mohd Johari Hasan, 42, sewaktu kejadian, hanya isteri dan tiga anaknya yang berusia empat tahun hingga enam bulan itu sahaja yang berada di rumah kerana beliau bertugas sebagai penyelia di Tangkak, Johor.

“Mujur isteri sempat membawa keluar anak-anak menyelamatkan diri dan setakat ini saya hanya mengetahui senaskah al-Quran milik saya yang berjaya diselamatkan manakala barangan keperluan yang lain semuanya hangus terbakar,” katanya.
Menurut adiknya yang tinggal bersama, Hamizah Hasan, 41, pelbagai dokumen penting, buku-buku serta pakaian sekolah dua anaknya yang berusia 17 dan 15 tahun semuanya hangus terbakar termasuk kereta milik beliau yang terletak dihadapan rumah.

Manakala jiranya seorang warga emas yang tinggal bersendirian, Maimon Muharam, 84, berkata, sewaktu kejadian, beliau sedang berada di bahagian dapur dan membuat persiapan untuk memasak nasi.

“Memang terdengar bunyi percikan kemudian apabila saya membuka tingkap terkejut apabila mendapati api sedang marak daripada rumah sebelah, saya hanya sempat membawa beg berisi dokumen penting dan ubat-ubatan keluar menyelamatkan diri,” katanya.

Seramai 40 anggota bomba termasuk dua pegawai dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 10.50 pagi yang melibatkan lima jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Merlimau, Bukit Katil dan dua daripada Jasin dikejarkan ke tempat kejadian.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Yuhaizad Abdullah berkata PAS Kawasan juga telah menghulurkan derma kepada mangsa terbabit.

Menurutnya sesiapa yang ingin menghulurkankan sumbangan bolehlah memasukkan terus ke dalam akaun Tabung Bencana PAS Jasin iaitu di Bank Islam bernombor 04033010002988 atas nama Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Jasin.

Comments

Unknown said…
Setakat ini kelibat Najib belum nampak lagi di Manek Urai. Dia lebih senang mengumumkan 'hadiah' untuk rakyat sempena 100 hari beliau jadi PM di KLCC di depan mat bangla dan mat indon berbanding untuk melakukannya di depan rakyat Manek Urai.

Najib sudah tentu tidak mahu pilihan raya kecil (PRK) Manek Urai dikaitkan dengan diri dia.

Dia tidak mahu kekalahan di Manek Urai dianggap sebagai penolakan rakyat kepada pimpinan beliau.

Malah hantu Altantuya akan mengekori beliau kalau beliau datang ke Manek Urai yang sedikit sebanyak akan membawa sial kepada parti UMNO.
makluman.... said…
kalau najib dtg, baru terkedu ko. pas kan jenis berperangai israel laknatullah. tak bleh tgk org senang sikit, ada je nak xkena. pas israel kan katakan...