BERNAS:SEMUA KEPENTINGAN NEGARA TERGADAI?

Padi dan Beras Negara (BERNAS) sebuah agensi yang sangat penting bagi menjaga keperluan beras negara juga hampir tergadai kepada bangsa asing apabila syer syarikat tersebut terlepas ke tangan orang laur. Mengapa ini terjadi?
Semua ini adalah kerana dasar liberalisasi ekonomi yang digunapakai oleh kerajaan sehingga membenarkan orang luar membeli saham syarikat-syarikat di negara kita. Ini bukan kes pertama tetapi sudah banyak kes seumpama ini berlaku yang membabitkan syarikat yang sangat penting kepada negara. Antaranya sebuah syarikat yang membekalkan ubat kepada Hospital di negara kita juga sebahagian besar sahamnya dipunyai oleh orang asing.
Alangkah bahayanya apabila syarikat yang menjaga makanan dan ubatan di negara kita dipunyai oleh orang asing. Salah siapa?
Ini sebuah adalah gara-gara kerajaan BN yang ada hari ini yang hanya melihat kepada keuntungan semata-mata tetapi mengenepikan kepentingan lain.
Sudah sampai masanya kita menukar kerajaan yang ada ini kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang Insya Allah lebih bertanggungjawab, telus, berintegriti, professional dan sentiasa menjaga kepentingan rakyat seperti yang ditunjukkan oleh kerajaan Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (sebelum ini).

Comments

Jati Diri said…
Ni lebih kurang sama la dengan kes tanah Melayu tergadai kat bangsa lain di Perak baru-baru ini. Sampai 999 tahun yob.
Anonymous said…
tulus berintegri apa la lantak pi la. Janji ke tak janji ke itu dah t/jawab, tapi sejak dua menjak nih indah khabar dari rupa la PR nih. Mengabih duit jo kojonyo, lepas tu salahkan orang. pe je la
Anonymous said…
70% kombinasi share adalah milik tan sri albukhari dan tabung haji...dan bernas masih milik rakyat malaysia...so sape menguasai bernas...

abis kena torak ngan anwar ibrahim
Tok Sagor said…
Bertapa jahilnya si "Anonymous" ni, mesti penyokong UMNO totok kan? Kalau kamu nak tahu siapakah antara individu yang menentang pemilikan saham 31% oleh syarikat dari Hongkong tersebut:
1. Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid - "Ia bukan saja soal saham yang dijual kepada firma asing, tetapi lebih daripada itu kerana membabitkan keselamatan makanan dalam negara, orang Melayu dan rakyat yang semuanya makan nasi. Bernas harus dimiliki negara, seharusnya saham milik Bernas ini dimiliki kerajaan atau Bumiputera"
2. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin - "Saya nak tanya kenapa tiada sesiapa yang kesan pembelian saham ini lebih awal. Walaupun dibeli di pasaran terbuka, maklumat ini boleh didapati melalui Bursa Malaysia, malah sesiapa yang beli lebih daripada lima peratus ekuiti mesti mengisytiharkannya pada Bursa Malaysia"
3. Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik - "Kita perlu ingat beras adalah makanan asasi rakyat Malaysia dan apabila kita membuka pasaran saham terlalu luas kepada orang luar tanpa kita sedari secara diam-diam mereka mendapat pegangan yang besar. Dari segi 31 peratus itu ia sudah boleh dikira sebagai menguasai sesuatu syarikat"
4. Pengerusi Eksekutif Yayasan Kajian dan Strategik Melayu, Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Latif - "Perlu dipastikan sama ada pihak yang menandatangani perjanjian itu termasuk pemegang saham utama Bernas mematuhi syarat perjanjian atau melanggarnya. Kita juga perlu teliti sama ada penjualan saham kepada pihak asing dibenarkan atau sebaliknya dan perlukan urus niaga itu mendapat kebenaran kerajaan,"

Jadi Tok nak tanya si Anonymous ni, adakah kamu lebih bijak dari individu-individu di atas yang tidak bersetuju dengan pemilikan asing ke atas syarikat Bernas? Kata nabil "Lu fikir la betol-betol"
Anonymous said…
Kerajaan BN bangunkan BERNAS... Kerjaan PAS dpt beras seludup hari2 dari thailand...pastu tak halang rakyat dia dari beli beras seludup.. sape yang beri kuasa asing pemilikan beras ?