Baru-baru ada pihak yang berhasrat untuk mengujudkan Unit Askar Wataniah di setiap parlimen. Tujuan penubuhan ini masih kabur dan tidak jelas. Ini kerana negara kita sendiri sudah mempunyai Angkatan Tentera dan Pasukan Polis yang bersedia untuk mengawal keselamatan negara dan rakyat.
Ada pemerhati politik melihat tujuan penubuhan askar wataniah ini adalah untuk mengujudkan pengundi-pengundi Pos di kalangan anggota askar wataniah tersebut. Bayangkan jika satu parlimen mempunyai 2,000-3,000 pengundi Pos maka sudah tentu ini akan memberikan kelebihan kepada BN kerana kita tahu kebiasaannya undi pos ini sudah pasti memihak kepada BN. Dari statistik lalu kita melihat biasanya BN akan memperolehi minima 95% undi dari pengundi-pengundi Pos ini.
Lebih malang lagi PR tidak dibenarkan untuk memantau secara ketat proses pengundian pos ini.
Oleh sebab itulah ada pihak yang sangsi dengan tujuan penubuhan Unit Askar Wataniah di setiap parlimen ini.
Saya mengharapkan PR dapat memantau dan membantah penubuhan unit ini disetiap parlimen bagi mengelakkan ianya dieksploitasikan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.
Untuk rekod, Rejimen Askar Wataniah merupakan pasukan simpanan di dalam Tentera Darat Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat. Rejimen Askar Wataniah merupakan benteng terakhir tentera darat dalam medan pertempuran. Rejimen Askar Wataniah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Jun 1958.
Pada 1861, unit sukarela tentera darat negeri-negeri Selat telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan nama Penang Volunteers. Unit sama juga telah ditubuhkan di Singapura. Pada 1902, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah mula menubuhkan unit sukarelanya sendiri yang dikenali sebagai Malay State Volunteer Rifles (MSVR).[1]. Pasukan sukarela ini kemudian terus berkembang dengan penubuhan beberapa pasukan baru seperti Malay Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), 'Unfederated Malay States Volunteer Force (UFMSVF) dan Straits Settlement Volunteer Force (SSVF). Setelah tercetusnya Perang Dunia II, kesemua unit-unit sukarela ini telah diaturgerak dan berganding bahu bersama-sama pasukan tentera tetap dari Britain, India dan Australia untuk mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura.
Comments