ADA PhD TETAPI TIDAK CERDIK, UMNO JADIKAN HARTA KERAJAAN MILIK SENDIRI

Semalam saya sempat menonton siaran berita salah satu Stesyen TV. Dalam laporannya disiarkan kenyataan Dr Awang Adek Hussein yang mengulas mengenai kerjasama PAS dan Umno.
Beliau melahirkan kekesalannya kerana Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak kerjasama dengan Umno tetapi pada masa yang sama ingin kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Negeri dieratkan.
Awang Adek berkata sepatutnya kerjasama PAS dan Umno juga mesti dieratkan kerana kerajaan pusat dan Umno adalah sama iaitu satu entiti.
Jelas sekali Awang Adek yang berkelulusan PhD ini tidak faham apa itu kerajaan dan parti politik. Dari segi politik PAS dan Umno sama sahaja iaitu sebuah parti politik yang berdaftar dan halal di Malaysia. Umno bukan Kerajaan Pusat dan PAS bukan kerajaan negeri.
Hubungan kerajaan negeri dan kerajaan pusat termaktub di dalam perlembagaan negara kita yang mengamalkan sistem federalisme. Kerajaan Pusat mesti menjalankan tanggungjawabnya membantu kerajaan negeri dalam apa juga keadaan atas semangat sistem federalisme walaupun parti mana sekalipun dipilih rakyat.
Apakah menteri Umno tidak faham sistem federalisme ini.? Atau memang sengaja buat-buat tidak faham.
Mungkin kerana tidak faham atau buat-buat tidak faham akan isu inilah maka Kerajaan Pusat tidak henti-henti mendera dan mendiskriminasikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Antaranya bantuan perkapita dilambat-lambatkan atau dipotong peratusannya, wang royalti minyak tidak disalurkan, keanggotaan Exco-exco, ADUN dalam jawatankuasa tertentu dinafikan dan lain-lain lagi.
Selain itu kita juga mendapati Umno dari peringkat paling bawah sehinggalah peringkat paling atas terus berpendirian bahawa harta kerajaan adalah harta Umno. Sedangkan harta kerajaan adalah harta rakyat bukan harta Umno. Maka tidak hairanlah Umno tanpa segan silu menggunakan harta kerajaan untuk berkempen memancing undi rakyat pada setiap kali pilihanraya. Begitu juga dikampung-kampung kita melihat Umno terus bermaharajalela 'menjajah' balai raya, pejabat Kemas, sekolah dan lain-lain untuk digunakan sebagai Pejabat Umno dan tempat Umno bermesyuarat dan mengadakan program.

Comments

Anonymous said…
Apa yang susah sangat nak faham ni, kerajaan federal kan diterajui oleh BN, dalam BN kan ada UMNO yang kononnya PAS tuduh kafir, rasuah dan macam2 lebel lagi.

Yang bodoh bukan pemimpin UMNO, tapi yang tak reti bahasa dan berlagak macam samseng jalanan semua orang PAS yang telah berotakan PKR. Tak nampak langsung keindahan islam dalam diri penyokong PAS ni
almajnun said…
Orang tak sekolah pun boleh buat perbezaan, apa itu kerjasama UMNO dengan PAS dan apa itu kerjasama Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

Di negeri Sarawak tidak ada UMNO, tidak perlu kerjasama dengan UMNO yang ada kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dengan Persekutuan.

Hentikanlah propaganda bodoh, pemimpin harus rasional dan bersikap terbuka, jangan anggap 'aku saja yang tahu'.