UCAPANKU KETIKA MEMBAHASKAN UCAPAN DASAR PRESIDEN

Laporan Harakah 6 Jun 2009.

Perwakilan Melaka, Mohd Sofi Abdul Wahab mencadangkan agar pimpinan PAS mengisytiharkan harta untuk merealisasi politik ketelusan seperti yang digagaskan PAS hari ini.

Beliau yang berucap membahaskan Ucapan Dasar Presiden PAS menegaskan perisytiharan harta itu perlu dilakukan kerana terdapat dakwaan pimpinan PAS menpunyai harta yang bernilai jutaan ringgit.

Dalam pada itu katanya, perkara yang sama juga harus dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat yang lain dengan mencontohi tindakan yang dilakukan oleh pimpinan kerajaan Selangor yang mengisytiharkan harta mereka.

Sementara itu, Sofi juga berharap kepimpinan PAS lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan akhbar kerana dibimbangi kenyataan tersebut akan dimanipulasi media.

"Saya menyokong perwakilan Kedah walaupun media memberi tempat yang baik kepada PAS tetapi akhbar ini masih lagi menikam PAS. Terdapat kenyataan yang pimpinan PAS yang dimanipulasi oleh media seperti yang disiarkan dalam akhbar hari ini yang menyatakan seolah-olah PAS ingin menjadi solo daripada Pakatan Rakyat.

Media ingin mencari perkara buruk kerana ada antara kita yang membangkitkan perkara ini. Media mesti sentiasa adil dan telus bahawa PAS akan bersama Pakatan Rakyat.

"Kita berharap pemimpin kita akan berhati-hati mengeluarkan kenyataan. Contohnya apabila akhbar bertanya mengenai rasuah, pemimpin kita memberi respons kepada pertanyaan tersebut. Keesokannya keluar kenyataan dalam akhbar PAS terlibat atau terdapat unsur rasuah dalam PAS walaupun pimpinan kita tidak sebut mengenai perkara itu. Justeru kita mengharapkan barisan kepimpinan berhati-hati kerana terdapat wartawan yang cuba 'provoke' sesuatu isu," katanya.

Dalam perbahasannya juga, Sofi Wahab mengharapkan gagasan Pakatan Rakyat mestilah diperkemaskan serta diperkukuhkan.

"Dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, PAS mendapat sokongan kaum Cina. Jika PAS dapat mengukuhkan sokongan di kalangan bukan Melayu, tidak mustahil kita juga dapat merampas Pagoh yang kini dipimpin oleh Timbalan Perdana Menteri," katanya.

Beliau turut mencadangkan diadakan modul kepimpinan bagi pemerkasaan organisasi. Perkara tersebut katanya perlu diadakan kerana masih terdapat kepimpinan kawasan masih tidak mengetahui mengenai Majlis Tindakan Dun (MTD) dan Unit Pusat Undi (UPU).

Beliau turut mengusulkan agar lajnah pemerkasaan parti agar meletakkan target 'Key Performance Index' (KPI) kepada PAS kawasan dan negeri seperti bilangan ahli untuk sesuatu kawasan

Sofi juga berharap kepimpinan PAS dapat memacu perjuangan dengan 'menjenguk' negeri Melaka yang digelar Melaka 'Darul Rasuah'.

"Harap kepimpinan pusat dapat turun ke Melaka untuk melihat dan menggagaskan gerak kerja untuk menawan Melaka. Jangan hanya dekat pemilihan baru hendak turun ke Melaka. Kita pernah mengajak Ali Rustam berdebat isu rasuah tapi dia suruh kita berdebat dengan Tok Guru Nik Aziz dan Elizabeth Wong," katanya sambil berseloroh.

Comments

Unknown said…
Salam.. Saranan yang diberikan tersebut amatlah bertepatan dimasa kini, kerana kini ramai dah pimpinan PAS yang memiliki harta dunia...

jangan jadikan harta sebagai fitnah bagi pejuang Islam..

takbir....
serupasekala said…
kita sokong dato presiden tapi kalu le dato presiden masih nak kepada kerajaan campuran macam mana .
Nampaknya percanggahan besar berlaku dengan hasrat TG NIK AZIZ.
Apakah kita nak lihat pas akan berpecah buat kali kedua.
MUNGKIN SATU PUAK SOKONG TG NIK AZIZ DAN SATU PUAK SOKONG TG HJ HADI.

adakah ini relevan jika berlaku.sedangkan banyak lagi natijah natijah perjuangan yang patut diteruskan.

cuma ahli biasa.
mana ucapan tu, masuk la dlm youtube
MattBrisbane said…
Salaam sahabat..Amboii..segak aiihh..kalau nak kenduri lagi kami balik dari jauh! Masuk la dlm youtube, boleh kami tgk ucapanmu tu..syabas mate!