TUTUP MULUTMU WAHAI PEMIMPIN UMNO

Saya menggesa pemimpin Umno menutup mulut dari membicarakan tentang kerajaan perpaduan kerana isu tersebut sudah berakhir dengan kenyataan tegas pemimpin PAS dalam Harakah terbaru.
Isu seperti PAS akan menimbangkan kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno tidak berbangkit lagi.
Jika ianya dibangkit dan diungkit lagi oleh pemimpin Umno maka terbukti mereka memang pekak badak bertelinga satu dan bermata buta.
PAS dengan jelas menafikan semua dakwaan pemimpin Umno bahawa PAS berusaha untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.
Media pula mesti menghentikan isu ini serta merta sebelum tindakan tegas diambil oleh pemimpin dan ahli PAS.

Comments

Anonymous said…
Dah terlambat. Orang Cina dan India pun nampak PAS tikam belakang dan khianati perjuangan kearah keadilan. Selamat tinggal PAS dlam PRU 13!
DR 1221 said…
Sekarang DAP sudah dapat berkuasa secara total di P Pinang. Walaupun PAS ada satu kerusi DUN, tetapi PAS tercampak seperti sampah hanyut. Kerana DAP sudah cukup kuat - bantuan PAS tidak diperlukan.

Di Negeri Perak, oleh kerana DAP tidak cukup kekuatan untuk memerintah secara total, maka PAS terpaksa mereka persetujui dilantik Menteri Besar. Sedangkan pada mula nya mereka berkeras tidak mahu PAS dilantik MB Perak. Baginda Sultan lah pada akhirnya memberi kata putus bahawa PAS mesti dilantik sebagai MB Perak.

DAP memang ada menyimpan niat buruk terhadap melayu/Islam. Kambing pujaan anda telah berkata: "Langkah mayatnya dahulu kalau mana2 pehak mahu jadikan Malaysia Negara Islam". Adakah PAS buta dan tuli?
Anonymous said…
Tak hairan kalau DAP x paham ttg Islam, sbb mereka bukan Islam.
Yang x pahamnya saya, UMNO yg katanya beragama Islam tapi menentang perlaksanaan Negara Islam apasal?