TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG DILANTIK ANGGOTAI 'KABINET' BARU PAS

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pimpinan yang dilantik menganggotai ‘kabinet’ baru PAS sessi 2009/2011 yang diumumkan oleh Tuan Guru Presiden PAS semasa mesyuarat AJK PAS Pusat yang pertama hari ini.

Dato Mustafa Ali dan Ustaz Idris Ahmad masing-masing dilantik sebagai Setiausaha Agung dan Ketua Penerangan PAS yang baru manakala Dr Mohd Hatta Ramli dan Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman masing-masing dilantik sebagai Bendahari dan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat.

Selain itu kedua-dua calon Timbalan Presiden yang tewas iaitu Dato’ Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu dilantik sebagai AJK bersama-sama dengan Anuar Tahir, Dr Siti Mariah Mahmud.
Manakala YB Mohd Taufek Abdul Ghani dan YB Wan Ubaidah Omar merupakan 2 muka baru yang dipilih menganggotai 'Kabinet' baru PAS sessi 2009/2011 ini.

Saya yakin kabinet yang diumumkan oleh Presiden ini mampu membawa kegemilangan PAS yang sekarang merupakan antara parti yang sedang menganggotai kerajaan menanti.

Comments

Anonymous said…
adakah kamu pemimp[in sudah mendngap tgn sudah nyanyok? tidak di endahkan langsung kenyataan beliau tentang mustafa ali.kami ahli pas harus saja akur dgn ini semua? kenapa mencabar kami