Saya menyokong penuh cadangan 2 Naib Presiden PAS yang baru iaitu YB Mahfuz dan YB Salahuddin agar kedua-dua calon Timbalan Presiden yang tewas pada pemilihan baru-baru ini dilantik menjadi anggota Dewan Hairan PAS Pusat.
Mahfuz dan Salahuddin membuat kenyataan itu seperti yang disiarkan dalam Harakahdaily hari ini.
Sesungguhnya tenaga, idea dan jihad Husam dan Mat Sabu amat diperlukan oleh PAS kerana kedua-dua tokoh tersebut dihormati oleh kawan, lawan dan seluruh rakyat Malaysia.
Mereka boleh dilantik sebagai Setiausaha Agong, Ketua Penerangan dan Bendahari. Kedua-duanya boleh menduduki mana-mana jawatan yang difikirkan sesuai untuk mereka.
Kedua-duanya juga mendapat sokongan sebahagian besar dari perwakilan di mana undi yang mereka perolehi jika dicampurkan melebihi undi Ustaz Nasaruddin Mat Isa.
Tidak syak lagi cadangan ini wajar diambil perhatian serius oleh Mursyidul Am, Presiden dan Timbalan Presiden serta juga anggota majlis syura ulama'.
Comments
Dah bukannya kerana lantikan disebabkan ihsan atau cadangan.
rujuk:
http://hasbullah.pit.my/2009/04/takut-pertandingan-masa-untuk-mencuba.html
apa kata kalau, jika petanding naib atau timbalan, dapat undi lebih drpd 25%, automatik diserap dalam AJK.