RAIS YATIM SUKA SELSEMA BABI

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Rais Yatim baru-baru ini mencadangkan supaya semua pengamal media kembali menggunakan istilah selesema babi bagi menggantikan istilah influenza A (H1N1) yang digunakan sekarang.

Rais berkata, ini bagi memastikan orang ramai sedar akan bahaya selesema ini dan mesej mengenainya dapat disampaikan dengan lebih tepat kepada mereka.

"Bila dalam Bahasa Melayu pula ada juruhebah yang enggan nak sebut H1N1, jadi kalau selesema babi, kan senang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Pos Malaysia di Kuala Lumpur.

Nampaknya Rais Yatim lebih suka menyebut babi dan ia mencadangkan orang lain juga supaya menyebut babi juga sedangkan orang-orang tua kita melarang anak cucu menyebutkan perkataan tersebut.

Apakah Rais suka kalau anak-anak kecil bercakap tentang babi, apa iu babi, dari mana asal babi dan sebagainya.

Jika alasannya sekadar untuk memberi kesedaran tentang bahaya virus ini saya yakin kempen kesedaran dan lain-lain langkah boleh dilakukan dengan menggunakan istilah Virus H1N1. Sekarang inipun rakyat sudah mula sedar akan bahaya virus ini walaupun tidak menggunakan istilah selsema babi.

Comments

Anonymous said…
Saya kira istilah begitu bagus juga, untuk menyedarkan orang ramai betapa babi adalah menjijikkan dan boleh membawa pelbagai oenyakit bahaya, kajian sains juga membuktikan begitu.
Cuma spt kata pengarah kesihatan, istilah begitu kurang sesuai digunakan secara global, kerana WHO telah menggunakan nama H1N1.
Betul lah tu.

Cuma saya nak tegur Datuk Rais sikit, toksah laha memandai campur tgn bila Tn. Guru Nik Abd Aziz minta Nasaruddin letak jawatan, jgn nanti dikata org jadi batu api.
Tn. Guru lagi tau dan lagi di hormati dari Datuk Rais.
Che said…
Jelas apa yang disampaikan oleh Datuk Rais mempunyai makna tersirat.

Kajian juga menunjukkan daging babi adalah lebih berkhasiat atau baik daripada daging merah.
Daging babi yang dimasak dengan baik, bebas daripada bakteria, virus atau sebarang ancaman yang lain.

Cuma saya nak tegur anonymous di atas, Datuk Rais dan kamu berdua adalah orang yang sejenis, prejudis dan rasis.

-Che-