PRK MANEK URAI : RASUAH, MEMBAZIR DAN PENYELEWENGAN DIJADIKAN PANCING TARIK PENGUNDI?

Saya hairan dengan stail politik lama yang terus digunakan oleh BN untuk memancing pengundi di Manek Urai.
Tidak serik lagikah Umno/BN menggunakan kaedah politik lama ini sedangkan PAS dan PR sudah jauh ke hadapan dalam berpolitik.
Lebih malang, Umno BN menggunakan cara politik lama sekali lagi di Manek Urai, sedangkan semua orang tahu orang Kelanta adalah rakyat Malaysia paling celik politiknya.
Bayangkan bagaimana peningnya Umno BN apabila terus menggunakan projek-projek 'mee segera' menurap jalan, memberikan bantuan berupa kebendaan dan janji-janji pembangunan sedangkan semua itu jelas bersifat rasuah yang mana orang Manek Urai amat arif tentang perkara itu.
Begitu juga dengan tindakan Timbalan Perdana Menteri menggunakan 3 buah helikopter, menggunakan bangunan sekolah, mengerahkan semua guru dan ibubapa murid-murid di Manek Urai untuk hadir pada program Muhyiddin di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok jelas membazirkan duit rakyat, menggunakan jentera kerajaan dan menyalahgunakan kuasa untuk memaksa guru-guru dan ibubapa hadir. Ini semua menambahkan darjah 'kemeluatan' rakyat kepada BN.
Mengapa begitu dangkal dan ceteknya pemikiran pemimpin Umno BN yang tidak mempunyai idea baru untuk berhadapan dengan rakyat. Lebih malang lagi rakyat yang mereka hadapi bukanya rakyat di Batang Lupar, Batang Ai atau Batanag Sadong tetapi rakyat di Manek Urai yang sudah tentu mempunyai pemikiran yang jauh lebih matang dari segi politik.

Comments

Anonymous said…
kena pegang pada prinsip..

better than nothing!!.

ok juga UMNO pegi buat jalan..PAS ada ke nak buat jalan?

ceramah ada lah..buang masa.

ceramah pulak..bukan ceramah agama yg boleh didengar utk kebaikan semua umat..tapi ceramah politik yg menggunakan ayat-ayat utnuk memusnahkan sesama umat.

aku hidup dah dekat separuh umur..PAS kelantan hanya cakap politik sahaja. tak cergas langsung dalam bab pembangunan.

pegi bangun tesco dan pasaraya tu buat apa..rakyat nak jalan, sekolah, bekalan air,nak baja utk getah dan padi..

UMNO buat jalan pun salah...habis apa yang betulnya...

cakap je senang..orang luar tak tahu tak payah bercakap pasal kelantan.