Memang jelas kerajaan OneMalaysia pimpinan Najib bercelaru dan caca marba. Seperti juga sikap mentornya Mahathir yang memperkenalkan dasar PPSMI tanpa kajian teliti dan professional, kini kerajaan OneMalaysia juga mahu mengubah sistem dengan mewajibkan pelajar lulus Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Di saat rakyat bermati-matian membantah PPSMI kini kerajaan menambahkan lagi beban kepada pelajar terutama pelajar luar bandar yang sememangnya lemah dalam Bahasa Inggeris.
Tidak mustahil jika dasar mewajibkan pelajar lulus subjek English ini diterima pakai akan lebih ramai lagi pelajar luar bandar yang tercicir kerana kandas SPM disebabkan mereka tidak lulus subjek English.
Maka saya mengharapkan kerajaan membuat kajian terperinci sebelum mengamalkan dasar ini. Kita tidak mahu yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran.
Comments
Tap dlm isu PPSMI saya sememangnya membangkang sekeras2nya.
Nak belajar matematik dan sains buat apa dlm BI? boleh faham ke?
kalau alasannya bnyk buku sains dlm BI di peringkat universiti, maka terjemahkanlah semuanya dlm BM, kan itu lebih mudah?
Di negara Jepun ,semua diajar dlm bahasa jepun, buku2nya pun begitu.
Sementara nak jadikan pelajar2 skg mahir dlm BI, sudah tentu mereka akan jadi dungu dlm sains dan matematik.
Selain dari diwajibkan lulus BI dlm SPM, mengapa tidak diwajibkan lulus Bahasa Arab utk pelajar2 Islam?