PENYAKIT PARTI LAIN SEOLAH-OLAH NAK JANGKIT PADA PAS - HARON DIN

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata penyakit yang biasanya ada pada parti-parti bukan Islam seolah-olah hendak berjangkit ada PAS.
"Jika kita semua mendapati ianya sudah berjangkit maka kita mesti perbaikinya, ahli wajib taat kepada pemimpin"
"Ketaatan kepada pemimpinlah yang menjadikan Parti Islam kukuh selama ini" kata Dr Haron Din sambil membaca sebuah hadis yang panjang.
Beliau berkata mana mungkin ahli boleh menolak perkara yang dibentangkan oleh Presiden dan di'endorse'kan oleh Majlis Syura Ulama dalam apa juga hal.
Dr Haron juga menafikan bahawa beliau ada mendakwa ada musuh dalam selimut seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Saya tidak pernah menyebutnya dalam kertas kerja saya pada seminar sambutan jubli perak 25 tahun kepimpinan ulama".
Dr Haron juga berkata beliau mengingatkan bahawa musuh PAS berada di sekeliling PAS samada di belakang, depan, kiri atau kanan.
Ketika mengulas tentang Hadis Riwayat Abi Dzar, Dr Haron berkata bahawa bukan bermakna di dalam Islam tidak boleh meminta jawatan.
Dalam sejarah Islam, Umar pernah meminta jawatan Qadhi kerana Abu Bakar pening untuk menyelesaikan masalah siapa yang boleh menjadi Qadhi. Akhirnya Umar dilantik menjadi Qadhi tetapi selepas setahun lebih beliau meminta untuk meletakkan jawatan kerana tiada suatu kes pun yang diadili oleh Umar kerana menang tiada kes.

Comments

BUJANG SUSAH said…
Salan sofi.. aku pun dah naik pening la dgn isu ni... Aku rasa kita para bloggers ni jangan terlalu memperbesarkan isu ni.. bagi aku lagi bnyk kita bercakap lagi bnyk kita buat salah nnt. lebih baik kita diam dan berfikir mcmana nak mantapkan perjuangan. - bloggers melaka. http://rubbertapperz.blogspot.com