PASCA : SIAPA PUN YANG MENANG PAS TETAP JADI SASARAN MEDIA

Sudah menjadi resam media arus perdana di negara kita mencari kesalahan, keburukan dan cacat cela PAS untuk dipersembahkan kepada pembaca agar mereka semakin keliru, celaru dan berpaling tadah dari PAS.
Muktamar Tahunan PAS kali ke 55 yang berakhir Ahad lalu juga menjadi sasaran mereka apabila PAS dihentam dan diasak dari segenap segi.
Paling memualkan media terus menerus memainkan isu kerajaan perpaduan kononnya PAS begitu beriya-iya dan bersungguh-sungguh untuk mengajak Umno membentuk kerajaan perpaduan. Malah lebih teruk PAS seolah-olah dilihat cuba memujuk dan merayu agar Umno menjemput PAS menyertai kerajaan perpaduan.
Kemenangan penyandang jawatan Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa mempertahankan jawatannya menjadikan media semakin menggila memainkan isu kerajaan perpaduan ini. Media melihat kononnya Ustaz Nasaruddin sebagai salah seorang pendokong kuat kerajaan perpaduan yang ideanya pernah dilontarkan oleh Presiden PAS.
Ahli Parlimen Bachok tersebut dikatakan antara pemimpin PAS yang pernah berunding dengan Umno selepas Pilihanraya Umum ke 12. Namun Ustaz Nasaruddin sendiri menafikan bahawa rundingan tersebut adalah rundingan untuk membentuk kerajaan perpaduan atau kerajaan campuran.
Sebaliknya jika Husam Musa atau Mohamad Sabu menang pada pemilihan baru lalu, sudah tentu media akan menyerang PAS dengan menuduh bahawa ahli PAS mengenepikan ulama' kerana tidak memilih Ustaz Nasaruddin yang boleh digolongkan sebagai Ulama'. Husam dilihat sebagai seorang Professional manakala Mohamad adalah seorang aktivis parti dan juga seorang Professional.
Media sehingga ke hari ini seolah-olah mendapat tongkat baru iaitu kerajaan perpaduan untuk menyerang PAS kerana sebelum ini mereka lebih senang menggunakan isu Ulama vs Professional. Namun selepas melihat keputusan pemilihan dimana bilangan Ulama dan Professional yang dipilih adalah seimbang mereka berpatah balik kepada isu kerajaan perpaduan.
Dua jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden disandang oleh Ulama' manakala Naib Presiden pula disandang oleh seorang Ulama' iaitu Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan 2 orang aktivis parti iaitu YB Salahuddin Ayub dan YB Dato' Mahfuz Omar.
Bagi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pula 9 orang boleh digolongkan sebagai Professional, 8 orang Ulama' dan seorang aktivis parti. Golongan professional yang dipilih ialah Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Datuk Kamaruddin Jaffar; Datuk Dr Hassan Mohd Ali; Dr Mohd Hatta Ramli; Mohamed Hanipa Maiden; Dato Ir Amiruddin Hamzah; Dr Lo' Lo' Ahmad Ghazali; Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Syed Azman Syed Ahmad An Nawawi.
Manakala di kalangan Ulama yang dipilih ialah Ustaz Idris Ahmad; Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin; Dato Hj Abu Bakar Chik; Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman; Ustaz Hashim Jasin; Ustaz Taib Azzamudeen Mohd Taib dan Dr Mujahid Yusof Rawa. Seorang lagi AJK yang dipilih adalah aktivis parti iaitu Mazlan Aliman.
Komposisi pemimpin yang dipilih jelas menunjukkan bahawa para perwakilan muktamar tidak melihat kepada status dan latarbelakang pendidikan sebaliknya mereka memilih pemimpin yang komited, berkarisma dan berpandangan jauh serta mempunyai daya juang yang tinggi selain dari populariti dan kesanggupan mereka untuk turun padang menemui ahli-ahli akar umbi parti.
Kesimpulannya usaha media untuk melaga-lagakan pemimpin PAS dan mencelarukan pemikiran ahli PAS tidak berjaya kerana kekuatan tarbiah dan kemurniaan perjuangan pemimpin dan ahli PAS yang sentiasa peka dan sensitif kepada pandangan dan nasihat pemimpin. Media arus perdana sudah tidak lagi menjadi rujukan mereka sebaliknya media dilihat sebagai pemecah belah parti dan masyarakat yang hanya mementingkan keuntungan material dan ketaatan kepada tuan mereka iaitu keraajaan BN.
Saya dengan ini menggesa media menghentikan segala tohmahan dan fitnah dengan melabelkan pemimpin PAS.

Comments

abulwafi said…
Salam, anda juga terpengaruh dengan media bila terus-terusan mengguna label-label golongan ulama', professional,,,,,plzzz, tolng jangan guna ladi istilah-istilah yang boleh merosakkan ukhuuwah jamaah kita.......
Anonymous said…
telah terlakar didalam sejarah islam dimana datuk nabi saw tidaklah dari kalangan pendita atau ulama dan beliau jauh sekali beriman dengan tuhan cucunya.sejarah mengarabkan beliau sebagai pendukong kuat perjuangan nabi saw yang hebat.tidakkah ulama dan professional ibarat aur dengan tebing?adakah kekuatan islam itu datangnya dari laungan ulama saja tanpa professoinal?terubahkah pantai bilamana gelombang tanpa tenaga memukul pantai?jangan salahkan arus professional beralih haluan,yang ada dijauhkan dan yang dilambai akan hi!hi!bye!bye!
Anonymous said…
tolong jgn labelkan dr hassan ali sbg pro.,dia tidak layak berada dimana2,hanya opportunis

kamu tak kenal dia