PASCA MUKTAMAR : PAS TAKKAN MASUK BN, TAPI MAHU TARIK AHLI BN MASUK PAS

Sudah terang lagi bersuluh. Presiden dan Timbalan Presiden PAS berkali-kali menegaskan bahawa PAS TAKKAN MASUK BN, TAPI AKAN TETAP MEMBUKA PINTU SELUAS-LUASNYA UNTUK TARIK AHLI UMNO/BN MASUK PAS.
Jadi saya mengharapkan ahli dan penyokong PAS terutama yang bukan Islam tidak perlu takut dan bimbang dengan perkembangan ini. Yang jelas PAS TAKKAN MASUK BN (full stop).
Sebagai seorang ahli parti, saya juga memang bimbang dengan dakwaan adanya usaha-usaha untuk membawa masuk PAS ke dalam BN. Suatu perkara 'mengarut' yang tidak sepatutnya berlaku.
Kini setelah diperjelaskan oleh pimpinan tertinggi PAS saya mengharapkan ahli dan penyokong PAS tidak haru risau dan 'confuse' lagi. Teruskan kerja untuk menyelamatkan negara dan rakyat dari belenggu kezaliman BN.

KEPADA PIHAK MEDIA SAYA INGIN BERPESAN SUPAYA JANGAN UNGKIT DAN GEMBAR-GEMBURKAN LAGI ISU INI. SEMUANYA SUDAH JELAS.

Comments

Anonymous said…
Saya juga sependapat dengan saudara. Kenyataan TGHA terang lagi bersuluh.

Tetapi kenapa para bloggers seakan2 diserang histeria dalam isu Kerajaan Perpaduan? Mana sikap wala' mereka kepada pimpinan sehinggakan melabel TGHA dengan label yang tidak menyenangkan??
Anonymous said…
Kalu macamtu..saya mintak pimpinan tertinggi PAS mengeluarlkan kenyataan yg terang lagi bersuluh ini..dan mintak Tuan Guru Nik Aziz yg amat kami sayangi utk keluarkan kenyataan media once and for all menjelaskan perkara..tapi selagi Tok Guru Nik Aziz tak mengelurakan kenytaan Haji Hadi dan Nasharudin yg mengarut itu..selagi tu rakyat akan sumpah serakah PAS..ingatlah bila rakyat sakit hati dan marah..nasib PAS tak akan lari seperti nasib UMNO..jadi saya mintak Tuan utk lakukan usaha inisiatif ini!!
Yong said…
Yong cuma nampak manusia lidang bercabang je. Kejap kata tak bincang dengan UMNO. Kejap kata buka pintu untuk bincang.

Berdosa le korang kot menipu rakyat marhaen yang ikhlas menyokong PAS demi Islam.
wan simunjan said…
Isu pengabungan PAS dengan umNO adalah isu sensitif Pakatan Rakyat. Rakyat mahukan keutuhan Pakatan Rakyat dikukuhkan dan diteruskan lagi tanpa berbelah bagi. Rakyat telah banyak mengorbankan harga diri untuk menyokong Pakatan Rakyat melalui gabungan PAS,PKR 7 DAP dalam PRU 12 yang lalu. Hingga kini dalam PRK pun rakyat tetap setia menyokong parti gabungan Pakatan Rakyat.

Isu ni berbahaya besar untuk PAS dan Pakatan Rakyat. Jadi jangan cuba nak bermain api dengan kenyataan ikut pemikiran sendiri je. Buat satu keputusan tegas, jelas sejelas-jelasnya dan buktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat lebih baik daripada BN. Selama ni belum ada mana-mana pihak mampu melawan kekuatan BN/umNO hinggalah persefahaman perjuangan Pakatan Rakyat mampu dibentuk.
Rakyat puas tertipu dan teraniaya oleh BN/umNO. Jadi jangan lagi cuba mengambil langkah yang boleh ditafsirkan oleh rakyat sebagai menipu kepercayaan dan harapan mereka juga. Cukuplah BN/umNO je. PAS dan Pakatan Rakyat harus terus mendukung aspirasi rakyat untuk menghancurkan BN/umNO. Peluang semakin cerah, jangan pulak kemaruk kuasa hingga mengadaikan kesefahaman yang telah dibentuk. Kuasa akan datang dari tangan rakyat. Bila dah ada kuasa baru buat tindakan seterusnya. Yang penting jaga sokongan rakyat pada PAS dan Pakatan Rakyat. Buat penjelasan sejelas-jelasnya beserta bukti yang nyata dan kukuh. Semoga tindakan dari pemimpin2 PAS akan mengukuhkan lagi sokongan rakyat pada PAS.
UMNO MUSUH NO.1 PAS. ALLAHHUAKBAR!