PASCA MUKTAMAR : ORANG PAHANG SANGAT BERBESAR HATI

Sebagai insan yang berasal dari Pahang, diriku turut terasa tempias pengiktirafan para perwakilan memberikan amanah yang besar kepada pemimpin yang berasal dari Pahang. Kini 2 sayap utama PAS diterajui oleh Pahang iaitu Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Pusat masing-masing diterajui oleh Ustaz Nasruddin Tantawi yang berasal dari Keratong, Pahang dan Ustazah Nuridah Salleh yang berasal dari Pekan, Pahang Darul Makmur.
Malah orang nombor 3 iaitu Naib Presiden terkanan yang mendapat undi tertinggi juga dari Pahang iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Jelas sekali PAS Pahang mendapat kepercayaan yang tinggi dari perwakilan semasa muktamar baru-baru ini.
Saya sebagai anak Pahang juga bersyukur dengan perkembangan ini dan amat berharap PAS akan berkembang maju di Pahang bukan sekadar mendapat 2 kerusi di DUN iaitu DUN Kuala Semantan dan Beserah yang dimenangi oleh kedua-dua YB berketurunan Syed (Syed Hamid dan Syed Mohamad).
Selamat Maju Jaya kepada Dato' Tuan, Ustaz Nasruddin dan Ustazah Nuridah serta seluruh kepimpinan dan ahli PAS Pahang.

Comments

abu adham said…
Koma pun rasa bangga jugekk sebab koma beso di pahang ....
omarhara said…
perjuangan untuk menegakan islam tak kira kita berasal dari mana..dalam pas pun ada sifat perkauman juga...maaf ya..
mazlanyasin said…
Rasa ku yang tidak banyak ilmu dan tidak tinggi pengajian dan kurang pengalaman berbanding dengan "abang" dan "bapak2" yg lebih senior tidak salah ada rasa cinta dan sayang pada tempat lahir ."Tempat jatuh lagi dikenang ini pula tempat tumpah darah atau tempat sanggup bertumpah darah demi peruangan "Fi sabilillah".wallah hu'Alam
TBO said…
salam utk semua

lepas ni pahang le pulak kas, jangan makn teruk udah lerr
mohdjusryjaafar said…
itu la kelebihan pimpinan Islam..tak pilih bulu dan asal mana..
Lihat je sirah Nabi yang tercinta...

JANGAN ADA SEMANGAT KENEGERIAN YANG TENTU HALA

NANTI JADI MACAM UMNO....
pak lah semutar said…
ambil/lantik ramai-ramai pemimpin dari Terengganu.

Confirm PRU-13 PAS kalah besar.
Anonymous said…
i penah duk pahang je, tu pun masa blajar kat unikeb, he
Anonymous said…
Kepada Pok Cu,

Saya pernah mengajar di Unikeb. Pokcu anak murid saya lah ni....

Kalau Pok Cu takut nak beritahu nama Pokcu sila email kepada saya sofiwahab@gmail.com atau call/sms 019-682 1318
Anonymous said…
memang cikgu sy,
nama sy ahmad al mizan,dr gua musang masa tu hanya 2 org murid lelaki yg asal dr klantan, tu pun tak sampai 20 org murid lelaki kat kolej. selepas kami unikeb terus bungkus,,