PASCA MUKTAMAR : CADANGAN KEPADA PIMPINAN TERTINGGI

Oleh kerana masih ramai yang kurang faham, 'confuse', tidak yakin dan terkeliru dengan isu muqabalah, tahalluf siyasi dengan PR maka saya cadangkan beberapa langkah yang mesti dilaksanakan segera oleh pimpinan tertinggi PAS :-
  • Kenyataan rasmi mesti dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi tentang PAS TIDAK AKAN MENYERTAI BN DAN PAS JUGA SENTIASA MEMBUKA PINTU UNTUK BERBINCANG ATAS APA JUGA ISU DENGAN SESIAPA JUGA TETAPI BUKAN BERBINCANG UNTUK MASUK BN. Kenyataan rasmi ini hendaklah didokumenkan dengan tandangan pimpinan tertinggi Tuan Guru Presiden, Mursyidul Am, Semua Ahli Dewan Harian PAS serta semua Ahli Majlis Syura Ulama'.
  • Kenyataan rasmi tentang komitmen PAS yang akan tetap setia bersama PR malah akan terus komited untuk memperkukuh dan memperkemaskan lagi PR. Kenyataan rasmi ini hendaklah didokumenkan dengan tandangan pimpinan tertinggi seperti di atas.
  • Semua pimpinan tertinggi di atas mesti berada bersama-sama dengan Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden semasa sidang akhbar dan kenyataan rasmi tersebut dikeluarkan.

Mungkin cadangan ini nampak 'simple' tetapi bagi saya ianya sedikit sebanyak akan meredakan kekeliruan yang sengaja ditimbulkan oleh musuh PAS dan PR.

Cadangan di atas adalah cadangan peribadi saya yang dirasakan mampu mengurang atau menghapuskan prasangka buruk ahli, penyokong dan rakyat Malaysia kepada PAS. Malah ianya juga diharap dapat menghilangkan kesangsian parti-parti sahabat iaitu PKR dan DAP yang tidak senang dengan isu muqabalah dan sebagainya.
Cadangan ini juga diharapkan dapat menamatkan spekulasi dan provokasi Umno/BN dan media yang sentiasa menggunakan isu kerajaan perpaduan untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PR.

Comments

pemerhati muktamar said…
en sofi, semua ahli PAS telah paham..masalahnya ada org yg buat2 tak paham selepas muktamar ni atas kepentingan diri. Alhamdulillah saya menghadiri muktamar dan penjelasan pucuk pimpinan atas telah jelas. mereka yg masih mengungkit isu UG/muqabalah/gabung itu semua saya anggap saya memekakkan telinga, membutakan mata, mempunyai hati busuk utk menghancurkan jamaah. sepatutnya selepas keluar dari dewan stadium semalam tiada lg soksek2 ahli PAS, biarkan mereka yg meraban sahaja terjun, saya cukup pasti ahli PAS tidak percaya pun.
-pemerhati muktamar-
Anonymous said…
Assalamualaikum.

Isu ni bukan untuk kefahaman dan pengetahuan jemaah muktamar PAS je. Isu ni dimanipulasikan oleh media BN/uumNO untuk menghancurkan PAS. Isu ni telah diungkitkan dalam Muktamar PAS tetapi nampak sedikit berbelit-belit. Oleh kerana cadangan ni harus segera dilaksanakan. Dalam PAS mungkin tak terasa bahangnya tapi dalam kalangan penyokong2 tegar PR di luar tu terlalu berat rasanya isu ni. Sesungguhnya ISU ni mampu menghancurkan PAS dan Pakatan Rakyat.
Sebelum keadaan jadi lebih parah buat tindakan segera sebelum PRK Manik Urai ni.
Sesungguhnya pemimpin2 PAS jangan terlalu mudah berpuashati dengan apa yang dimiliki sekarang. Ini adalah kerana keyakinan dan sokongan rakyat. Kekuatan rakyat tidak sama dengan kekuatan pemimpin2 PAS. Ruang dan peluang untuk umNO menghancurkan pemikiran dan sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat begitu dominan sekali. Rakyat hanya mampu bertahan sekiranya pendirian dan pernyataan yang tegas daripada pimpinan PAS yang mengeluarkan isu ini.
Percayalah kepada kuasa rakyat. Kalau Pakatan Rakyat hancur maka hancurlah PAS. Bila PAS dan Pakatan Rakyat hancur maka umNO semakin berkuasa dan terus berkuasa. Rakyat Marhaen nak buang BN/umNO. Jadi berilah harapan kepada rakyat untuk terus mempercayai dan berpegang pada Pakatan Rakyat dan PAS.
UMNO ADALAH MUSUH NO. 1 PAS !
Anonymous said…
saudara, tak perlu dipapar cadangan tu di sini. Ada ke pimpinan yang sempat membacanya.

Kalau saya ada contact number presiden, timb. presiden sudah pasti saya yang pertama kontek mereka.

Apa lagi, saudara ada kedudukan dalam PAS. Sila gerakkan usaha ke arah itu. Kalau kita lihat blogger Pro Pakatan dah macam meracau bab Kerajaan Perpaduan ni.