PASCA MUKTAMAR : BN TERUS MAINKAN ISU KERAJAAN PERPADUAN

Terbukti Umno/BN cuba memainkan isu kerajaan perpaduan demi untuk kepentingan politik mereka. Saya percaya antara sebab Umno/BN masih terus memainkan isu ini ialah supaya :-

  • PR berpecah kerana jika benar PAS ingin membentuk kerajaan perpaduan maka DAP dan PKR sudah tentu mencurigai PAS dan akan mula menjauhkan diri dari PAS
  • Penyokong-penyokong PAS dari kalangan bukan Islam dan Bukan Melayu sudah tentu tidak mempercayai PAS kerana mereka percaya PAS hanya mementingkan melayu sehingga sanggup bersekongkol dengan Umno
  • Memecahbelahkan perpaduan dalam PAS kerana mereka tahu ramai di kalangan pemimpin dan ahli PAS tidak bersetuju dengan perkara ini

Oleh itu saya harap pemimpin PAS perlu berhati-hati dalam meneruskan rentak perjuangan seterusnya. Kita tidak mahu yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran.

Comments

Anonymous said…
saya sering katakan kepada ramai kawan bahawa diantara PAS dan UMNO ada 3 titik pertemuan. Titik pertemuan yang saya maksudkan ialah pertemuan atas titik agama, bangsa dan budaya. PAS dan DAP berkerjasama atas titik apa? Apakah yang menjadi titik pertemuan diantara PAS dan DAP? Atas sekadar satu semangat untuk mengalahkan BN semata-mata?
serupasekala said…
Betul ke TG Haji Hadi ........

Tema Muktamar ialah Islam Memimpin Perubahan. Ada pemerhati yang cepat-cepat mencelah tema itu sebagai Islam (PAS) memimpin Pakatan. Dan yang ketara selain daripada slogan itu ialah pengumuman perancangan PAS untuk membina Pusat PAS di Putrajaya, memperluaskan pengaruhnya di Sabah dan Sarawak dengan lebih bersungguh-sungguh, dan penerimaan Kelab Penyokong PAS di kalangan bukan Islam sebagai salah satu sayap parti yang rasmi. Dan sebaik sahaja selesai ucapan dasar; semasa mengadakan sidang akhbar hari itu Hadi terus mempertahankan pependiriannnya supaya PAS meneruskan usaha menyokong konsep Kerajaan Perpaduan (Unity Government), iaitu berkerjasama dengan Barisan NasionalUMNO. Sedangkan dia tahu perasaan Tok Guru Nik Aziz dan ramai lagi pemimpin PAS dalam hal ini. yang kelihatan tidak begitu bersetuju dengan saranan Dato’ Seri Hj Hadi. Namun tanpa gentar, ia tetap diluahkan oleh beliau dengan penuh yakin. Sekaligus mempamerkan ketegasan dan keyakinannya, tetapi bagi saya, Hadi telah menjadi terlalu yakin (Overconfident).

Posted by: myzaidibrahim on: June 7, 2009
Anonymous said…
cari alasan untuk bersatu bukan untuk tidak.hasilnya tawakal dan banyak berdoa.menipu atas nama perpaduan ummah umno akan hancur. tidak mungkin umno tidak ikhlas
tujuan kami kawan dgn DAP dan umno adalah utk menyampaikan islam
umno pun masuh kafir lagi...cubatgk perangai buruk pemimpin umno...
kita kawan DAP,MCA dan MIC utk sampaikan islam
bukan agenda kita setakat mahu undi saja
org melayu harus faham...jgn jadi bodoh
Anonymous said…
adakan satu kpi iaitu indek merujuk berapa ramai ahli dap atau masyarakat bukan islam terutama disabah dan sarawak yang mengucap shahadah sebulan oleh kita ahli pas, macam mubaligh kristian buat. jangan dok cakap tapi tak buat. melayu macam kau banyak alasan.guna akal bukan perasaan. selagi shahadah dihati selagi itu mereka islam.allah amat mengetahui.
matgeramgiler said…
salam,
anon 09.04 , sanggupkah anda bekerjasama dengan umno yang zalim? cuba lihat dalam 51 tahun bn memerintah: penyalahgunaan kuasa, rasuah, ketirisan wang negara, mengkayakan kroni, mengabaikan kebajikan rakyat jelata dan pelbagai kesalahan yang dilakukan. mahukah anda pemerintahan yang begitu? ingat pada awal tahun 80'an kita setaraf dengan singapura, taiwan dan korea selatan tetapi sekarang kita telah tinggal jauh kebelakang!
Anonymous said…
matgeramgile
tanya diri sendiri boleh dan sanggup anda menerima pemerintah seperti dap dan pkr(ex umno).bolehkah pas mengawal mereka. sekarang ni pun pas dokjadi orang tengah, cuba tutup kesalahan parti dap dan pkr(cth isu elizebeth).pemimpin pas bukan macam pope dok menyucikan dosa orang. pas kena jadi leader dalam pakatan rakyat. pas kena dominan dalam PR macam umno di era tun mahathir dominan dalam bn(so call ditaktor leader baru bangsa lain tak pijak kepala)-from ahli pas tulen.
Anonymous said…
sebagai ahli pas biasa saya berharap agar pemimpin kita terimalah kerajaan perpaduan sementara kita (parti pas) dipuncak kekuatan. hidup seperti pusingan roda. Sementara kuat kita boleh demand dengan umno dalam banyak perkara termasuk jawatan menteri utama.Inilah masa terbaik sepanjang perjuangan pas lebih 50 tahun.fikirkanlah wahai pemimpin ku
Hasbullah Pit said…
Takpe
aku dah drafkan surat kalau Najib setuju.

Baca di sini
Anonymous said…
hasbullah pit lu ikut idea tun mahathir tu. lu pro mahathir ke? lu orang umno ke?