ORANG TIONGHUA MASIH SANGSI DENGAN KERAJAAN PERPADUAN DAN HASRAT PAS UNTUK MENJADI SOLO

Saya diberitahu bahawa beberapa orang Tionghua menyatakan kekesalan mereka terhadap laporan media yang mereka baca iaitu PAS berhasrat untuk meneruskan kerajaan perpaduan.

Apabila diberitahu kepada mereka bahawa PAS tidak pernah berhasrat dan bercita-cita untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama Umno, mereka tidak percaya.

Salah seorang peniaga Tionghua yang ditemui dengan jelas memberitahu bahawa orang Tionghua membaca banyak suratkhabar berbahasa Mandarin. Semua akhbar itu melaporkan bahawa PAS berhasrat untuk bersama-sama dengan Umno menubuhkan kerajaan perpaduan dan juga menanamkan cita-cita untuk menjadi solo.

“Olang Cina baca manyak sulat khabar bukan Utusan, suma sulat khabar Cina cakap itu macam, sulat khabar Cina tatak tipu macam Utusan”

“PAS mau jadi taiko ka, sulah kuat mahu jadi taiko” kata Taukeh tersebut.

Susah juga untuk kita menjawab persoalan yang ditimbulkan taukeh tersebut.

Kepada para tetamu blog ini jika anda diajukan soalan yang sedemikian rupa katakan dengan tegas bahawa pemimpin PAS sudah pun membuat kenyataan bahawa KERAJAAN PERPADUAN TIDAK AKAN DITUBUHKAN, SEBALIKNYA PAKATAN RAKYAT AKAN DIPERKUAT DAN DIPERKUKUHKAN LAGI.

Katakan pada mereka bahawa pemimpin PAS, DAP dan PKR akan menyelesaikan kekeliruan ini, jangan bimbang. Isu ini hanya menjadi besar setelah media dan musuh kita memperbesar-besarkannya demi masa depan survival politik mereka.

Comments

kekwa66 said…
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata..haha...padah!padah!
rahmanw said…
salam....
semoga diberi kekuatan oleh ALLAH terhadap pendukung dan penyokong PAS dalam mengatasi masalah ini....
amin....
Penyokong dan pengundi PR berhak memulau mana-mana kepimpinan PAS yang berunding dengan umno.
Ini hak para pengundi dan chuma PAS yang rugi.
Kepimpinan PAS sudah lupa bahawa undi untuk PR ialah untuk tolak bn dan bukan sebaliknya.
Nik Aziz kata dengan tepat dan tajam bahawa tidak akan kerja dengan pihak umno.
Tapi baru-baru ini ada pemimpin PAS akui ada rundingan dengan umno. Rundingan kongsi kaya dan rundingan kongsi kuasa.
Ini buat para penyokong PR marah, sedih, pedih , rasa di tipu..ini macham dah di kena rogol !

Jangan tuduh chuma orang Tionghua rasa sangsi, Benggali pun rasa sangsi lah. Malah banyak orang PAS pun rasa sangsi terhadap Presiden dan naib presiden parti sendiri dah.
Kalau macham ini, macham mana nak orang Malaysia dari Sabah dan Sarawak untuk sokong PR .
Dah nampak sikit kuasa dah mau tunjuk-tunjuk.

Pihak PAS mesti halau pemimpin yang tak etika.
PAS sendiri yang perlu halau mana-mana ketua kumpulan yang sanggup jual maruah. Ini bukan maruah parti sahaja.
Ini maruah orang islam .
Tak kan lah Lim Guan Eng yang perlu di contohi.
Lim guan eng tak perlu fikir panjang tendang mana-mana ahli yang tak maruah.tapi Lim bukan orang Islam, tapi lebeh tegas.
PAS macham mana?

Sebagai pengundi PR , saya anggap PAS sebagai "brother".
Saya anggap bn itu sebagai parti pariah permakan rasuah dan permusnah negara.
Jangan jadi Brother sells off brother.

kekeliruan yang ada harus di baiki dengan segera dan terus terang.
Anonymous said…
aku sebagai penyokong pas sngt2 x berstuju kalo pas nak buat pakatan dengan umno...bagi aku umno adalah parti kafir lagi menyesatkan...bagi aku DAP adalah parti yang lebih mulia dari umno..aku rela melayu berpecah asalkan kita x bersatu dengan umno..bagi aku hadi awang adalah boneka umno...aku rasa ada agenda tersembunyi...wahai hadi engkau lupakah siapa yang telah banyak membantu kita dlam pilihanraya...kalo bukan DAP...jgn senang2 ko merosakan kpercayaaan mereka...buruk padahnya nanti...
bagi aku walaupun DAP bukan dari parti org islam ttp mereka lebih mulia dari umno...