MOHON PIMPINAN HENTIKAN ULASAN TENTANG KERAJAAN PERPADUAN

Saya sebagai salah seorang ahli PAS sejak lahir ingin memohon jasabaik pimpinan supaya menghentikan serta merta sebarang kenyataan tentang kerajaan perpaduan dan sebarang usaha untuk berunding dengan Umno.
Tidak ada gunanya kita berbincang dan berunding dengan Umno sedangkan pada masa yang sama kita bercakap tentang usaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
Sekali bercakap soal memperhebatkan Pakatan Rakyat tetapi pada masa lain ada pula pihak yang seolah-olah bercakap ingin berunding dan berbincang dengan Umno dalam soal kerajaan perpaduan.
Ini menyebabkan ahli menjadi pening, penyokong terkeliru, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat sangsi, simpatisan pelik dan sebagainya.
Apa perlunya kita berbincang dan berunding dengan Umno jika sekiranya kita sudah memutuskan untuk meneruskan agenda perjuangan dalam Pakatan Rakyat yang terbukti mendapat sokongan padu rakyat Malaysia.
Bersambung ...........

Comments

zman said…
salam,

Saya amat bersetuju dgn saranan saudara.Sebut saja nak berbincang dgn Umno, kalangan PAS sudah nampak perpecahan .Usaha ini mesti di hentikan segera sebelum menjadi parah.Kepada pemimpin atasan yg ada kuasa tu, sila pastikan KERAjaan Perpaduan ni dibenamkan dan individu yg terlibat dlm cubaan karut ni dihukum.Bertindaklah sebelum bulan jadi gerhana!!
kekwa66 said…
BN dan UMNO tersenyum kambing sekarang....!!!
Anti-Muqabalah said…
Itu yang saya pelik dengan pimpinan atas. cakap berbelit-belit. Kalaulah mereka membaca blog saudara dan membaca posting saudara tentang saranan yang sepatutnya dilakukan oleh pimpinan berkaitan kerajaan perpaduan. Tentu benda ni dah selesai.

Rakyat terbanyak tidak boleh menerima UMNO..walau dengan apa cara sekalipun. Pikirlah sejenak wahai pimpinanku sekalian.
haikal said…
pas akan terjun dengan labu2nya. TGHA akan diberi jawatan TPM 2 sekiranya ianya dilaksanakan. Persoalannya apakah kerana pangkat maka TGHA sanggup bersekongkol dengan Parti UMNO yang jelas tidak mahu Islam dalam pemerintahannya? Nasa juga dok gila baju Kok.
..wadah perjuangan Islam di M'sia sudah tidak ada lagi. kita tidak akan peduli dengan politik,Menjual Agama kerana sedikit habuan dunia.

bekas ketua penerangan Pas cawangan ?, kelantan.
UMNO bukan saja senyum kambing....tapi senyum sampai ke telinga.

PAS akan berkubur pada pr13.
Cuma boleh maintain di Kelantan.
Siapkan keranda dan tuleh 'unity government'.

Dari kedah ke kelantan,lepas ni Nasharudin nak ke mana.
Anonymous said…
Notis kepada ahli2 PAS bawahan yg tidak ada jawatan atau pangkat:

Sila buat tuntutan utk adakan muktamar khas utk pecat Presiden dan Timb. Presiden.

Sebab:
Presiden tidak jujur dan bakal khianat sokongan dan kepercayaan rakyat!!

Sila sebarkan..
ahli pas yg kecewa said…
anta sebagai pemimpin wajib bertindak dan bagitau ust nasa dan tghh jgn menjadi punca kepada kejatuhan pas di pr 13.operation strategi operation langsung tiada.
bagitau ust nasa jgn bersifat kurang ajar dgn tok guru nik aziz.

bila mendengar perbahasan dewan ulama dan pemuda hari itu,membuat saya byk terdiam dan berfikir,apa ke jadah aku buat kat sini,org masuk parti pas utk berdakwah,berlembut dan mengajak org kenal islam dan saya rasa sedikit sebanyak kita telah berjaya.ini tidak org islam yg kurang ilmu akan lebih takut.

cuba tanya ulama dewan pas tu,berapa org telah depa berjaya tarik jadi ahli pas atau berjaya masuk islam.

pelik camne ust ghani shasudin boleh tahan dgn depa ni,saya kenal dan tahu cara dia berkerja.
Sepatutnya sebagai Ketua Penerangan PAS negeri, Saudara patut membuat program Dialog Kerajaan Perpaduan. Bukannya melontarkan idea melalui blog. Itu kerja saudara. Panggil pimpinan untuk rungkaikan permasalahan.