LANGKAH-LANGKAH PERLU UNTUK JERNIHKAN SUASANA

Berikut adalah cadangan saya kepada pimpinan PAS bagi menjernihkan suasana keruh berkait dengan isu kerajaan perpaduan :-
  • Sila buat satu kenyataan rasmi bahawa PAS TIDAK AKAN BERGABUNG DENGAN UMNO/BN menerusi apa yang dipanggil KERAJAAN PERPADUAN. PAS juga TIDAK ADA CITA-CITA UNTUK BERGABUNG DENGAN UMNO. Jelaskan bahawa keputusan untuk berbincang dengan Umno tentang Kerajaan Perpaduan tidak pernah diputuskan di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat.
  • Setelah kenyataan rasmi ini dibuat HENTIKAN SEBARANG KENYATAAN tentang Kerajaan Perpaduan.
  • Hantar surat rasmi kepada semua media supaya tidak lagi membangkitkan isu ini. Jika ianya dibangkitkan maka ianya bukan kenyataan rasmi dari PAS dan jika ada unsur-unsur fitnah dan tohmah berkenaan dakwaan PAS mahu bergabung dengan Umno melalui KERAJAAN PERPADUAN, maka PAS mesti mengambil tindakan undang-undang.
  • Surat Rasmi hendaklah dihantar kepada seluruh PAS Kawasan dengan menyatakan PAS TIDAK ADA-ADA CITA-CITA UNTUK BERGABUNG DENGAN UMNO melalui KERAJAAN PERPADUAN.

Ini sekadar cadangan peribadi dari saya.


Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka.

Comments

Saudara sebagai Ketua Penerangan Negeri kena fahami terlebih dahulu idea kepimpinan. Buat Dialog berkenaan Kerajaan Perpaduan. Itu yang mustahak! Panggil kepimpinan turun.
zakaria @ black said…
Lu sapa nak bagi cadangan SEMPIT mcm tu???
Anonymous said…
entahla..aku pelik dgn pas..sebelum ni aku x pernah pangkah pas..vote aku utk BN..PRU yg lepas aku pangkah pas coz aku tgk UMNO dh makin mengarut n menyeleweng..

tup-tup skrg ni pas nk wat kerajaan perpaduan ngn UMNO..apela pas!!!pengundi sokong kau bukan nk tgk ko deal ngn UMNO..org sokong ko sebab perjuangan pas tuh..sebab islam..entahla pas!!!korang ni pun sama jek ngn UMNO..rugi aku pangkah PAS PRU lepas..
Pak Lah Semutar said…
Azwan Affendy,

"panggil kepimpinan turun" ? bodohnya anta ni.. Kepimpinan la yang patut merangka action plan termasuk siri dialogue.

Sepatutnya kepimpinan (H1N1: Hadi & Nasha) yang berfikir dahulu sebelum bertindak.

Kena ada action plan. Jangan lepas kantul baru nak tergagap-gagap mengaku.

yang nak gesel2 pipi dengan UMNO ni apahal ?
Anonymous said…
Sebenarnya kita masih belum pasti apa yg dimaksudkan dgn kjaan perpaduan ini. Apakah benar presiden PAS benar2 inginkan kjaan perpaduan pun belum pasti lagi.
Bagaimanapun jika benar kjaan perpaduan ini dilaksanakan, biarlah ia didominasi oleh PAS dengan tujuan utk membimbing cara hidup rakyat Malaysia ke arah kebaikan, amal maaruf nahi mungkar dan mendaulahkan Islam demi mencari keredhaan Allah. Jika tidak, baik lupakan saja.
Apa pun yang pastinya, hasil dari rumors ini, kita sudah nampak dgn jelas akan perangai dan sifat sebenar bekas PM, TUN Mahathir, atau Tok Dir.
Dalam wawancaranya didlm TV baru2 ini, dia menempelak idae Presiden PAS ttg KP ini, katanya jika melayu bersatu (PAS dan UMNO), kelak kaum Cina akan bersatu dan kaum India juga akan bersatu dan akan timbul huru hara kaum pula.
Walhal dulunya beliaulah yg sering menempelak Pas kononnya sebagai sbb perpecahan kaum Melayu.Tapi skg nampaknya beliau jugalah yg tak mau Pas berpadu dgn UMNO.
Jelas juga Tok Dir tak mau pembangkang bersatu dgn BN apabila beliau menyatakan bahawa pihak pembangkang perlu terus wujud utk memantau pihak kerajaan, begitulah lebihkurang maksudnya.
Apa yg Tok Dir takut sgt?
Sebenarnya dia amat takut dgn Pas, kerana Pas inginkan Islam. Jelaslah Tok Dir takut jika agama Islam didaulahkan diMalaysia. Ini telah pun diterjemahkan didlm pemerintahannya selama puluhan tahun di Malaysia.
Walaupun cuba berlagak hero dipentas antarabangsa dgn membela rakyat Palestin, tetapi itu semua hanya wayang semata2. Beliau juga berkali2 menegaskan bahawa peperangan Israel dan Palestin bukan berasaskan peperangan agama, sedangkan kaum Yahudi dan tentera2 yahudi sendiri mengakui peperangan ini adalah di antara Yahudi dan umat Islam, di mana sebelum pengeboman besaran2 di Palestin pd awal tahun ini, beribu2 risalah anti agama Islam telah disebarkan oleh pendita2 yahudi pd penduduk Israel.
Apapun, jelaslah bahawa Tok Dir bukanlah org yg sepatutnya dijadikan penasihat oleh UMNO, beliau bukanlah seorg yg berakal sihat dan semakin uzur dimamah oleh dosa-dosanya yang lampau.