Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat menyatakan Mufti Perak mungkin tidak terdedah kepada sistem politik Islam.
Saya menyokong kenyataan Tuan Guru Nik Aziz di atas kerana terbukti Mufti Perak masih tidak faham akan kemungkaran politik yang dilakukan BN yang akhirnya menyebabkan rakyat menderita.
Apa lagi yang BN tidak buat bunuh rakyat (memali), menindas rakyat (roboh rumah, masjid, surau), dera rakyat dengan tarik royalti minyak di Terengganu, mengamalkan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan macam-macam lagi.
Menurut Tuan Guru Kalau betullah PAS menjadi punca perbalahan, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.
Ini kerana PAS katanya, meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam (Umno).
Sepatutnya Harussani datang bermuzakarah dan berbincang dengan pemimpin PAS kalau beliau kurang arif tentang politik. Sudah acap kali kita melihat Harussani diperkudakan oleh BN Perak untuk kepentingan politik BN/Umno.
Comments
KEBAIKAN UMMAH DIKATAKAN BAKAL MEROSAKKAN UMMAH.
MINDA TOK GURU ADALAH MINDA POLITIK..
BUKAN MINDA ULAMAK.
ORANG POLITIK SUKA MENCARI MUSUH...
ULAMAK PULA SUKA MENDAMAIKAN UMAT YANG BERTELAGAH.
adam amin
Kg Jerlun
Kedah
maaf mgkn saya kurang ilmu @ durhaka utk menyatakan .....
"halalkan sure heboh @ jom heboh & SIS serta selesaikan rempit"
tolong sangat2 supaya kerajaan federal layan kerajaan kelantan secara bermaruah seperti kerajaan negeri yg ditadbir beeend. seperti yg termaktub dalam perlembagaan 1malaysia.
kalau amno dah buat itu baru suruh mufti bercakap hal MELAYU dia dan islam. kalau benda yg tertulis pun amno tak mampu buat rentikan le cakap2 mengarut tu.
Jangan jadi ulama yang datang berjumpa Imam Ahmad Bin Hambal dipenjara supaya menarik balik fatwanya, Al Quran itu Qadim bukan Makhluk.
Wassalam..
Dari Anak Kelate di kinabatangan