Mufti Perak yang sememangnya terkenal dengan sikap berpihak kepada Umno/BN hari ini sekali lagi mengeluarkan pandangan menyentuh isu kerajaan perpaduan.
Kenyataan beliau dipetik dari Utusan (Meloya) hari ini. Katanya beliau kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.
Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.
Saya tidak mahu komen tentang kenyataan di atas cuma saya ingin bertanya kepada beliau beberapa soalan.
- Apakah Umno/BN yang beliau sokong itu sanggup bergabung atas nama Islam sedangkan jelas Umno menolak Islam dalam pentadbirannya lebih dari 50 tahun?
- Apakah hukumnya kita bersekongkol dengan pemerintah yang melakukan maksiat dari segi undang-undang negara, sistem ekonomi riba, menzalimi rakyat dan lain-lain?
- Apakah pemimpin Umno ikhlas dan boleh dipercayai sedangkan semasa Umno kuat Umno tidak langsung kepada memandang PAS dan PKR tetapi bila Umno nazak barulah tangan dihulurkan?
- Apakah Harussani lupa dengan kekejaman Umno/BN membunuh rakyat yang tidak berdosa di Memali, menzalimi rakyat di negeri Terengganu dengan menarik balik wang royalti semasa pemerintahan PAS; mendiskriminasikan kerajaan PR dalam semua hal?
- Apakah Harussani lupa kezaliman kerajaan Umno/BN menaikkan harga minyak dan membiarkan harga barang melambung?
- Apakah Harussani lupa kerajaan Umno/BN sekarang tidak pernah serik dan insaf melantik dan memilih pemimpin-pemimpin rasuah untuk menjadi pemimpin di peringkat negeri dan pusat?
- Apakah Harussani lupa pelbagai masalah dan kontroversi sedang melanda kerajaan BN yang gagal dijawab dan ditangani antaranya tuduhan akhbar luar negara kepada pemimpin Umno/BN; isu PKFZ. isu kapal selam dan lain-lain.
Comments
Satu soalan jer aku nak tanya korang balik....
SAPER YG OFFER KERAJAAAN PERPADUAN NI HAH? SAPER...JAWAB LA.....
pastu korang lak terhegeh2 nak kata itu ini...apa benda ni?