Jika Umno benar-benar ikhlas untuk berbincang soal kerajaan perpaduan, perbincangan mestilah turut melibatkan semua parti komponen PR.
Begitulah antara intipati kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur pagi ini.
Kenyataan beliau juga melegakan semua pihak yang seolah-olah tentang isu ini akibat mainan media dan kenyataan pimpinan sendiri yang disalahtafsir oleh penyokong PAS dan rakyat.
Adalah diharapkan semua rakyat faham dan yakin dengan kebijaksanaan pemimpin PAS kerana yang pasti PAS tidak akan berkompromi dengan perkara-perkara maksiat, haram, kezaliman, penindasan dan penyelewengan serta rasuah.
Comments
Aku nak UMNO ni dihapuskan terus dan jangan ada di muka bumi ni lagi. Aku pun tak kisah kalau geng2 satu kaum dengan aku yang teruk dan tak boleh diubah serta tak nak berubah ni tak kira PAS atau UMNO terpinggir di tanah sendiri. Korang ni perasan tak masalah kat Malaysia ni dah makin teruk dan bergerak terkebelakang. Sekarang ni susah nak bergerak mengikut kaum melainkan kaum kau tu punyai matlamat dan usaha keras. Sekarang ni globalisasinya, internet, ancaman ketenteraan dan senjata yang canggih pertukaran kuasa ekonomi dari US ke CHINA, INDIA, dan RUSSIA macam baru2 ni ada perjumpaan tertutup dari kalangan 3 negara tersebut. Kalau tetap nak jaga melayu tapi melayu tak nak berubah buat apa.
Tolongla faham
kite kene cool aje....
saya rasa utz nasa letak jawatan sebagai Ahli parlimen bachok..sbab bachok di negeri kelantan dan terus kekal sbg timb presiden sehingga muktamar sekali lagi..
Soalnya kenapa selama ni umNO pandang PAS begitu buruk sekali sehingga pemerintahan PAS di Ktan disabotaj dan pemerintahan PAS di Tgganu dianggap begitu teruk sekali. Kenapa BN/umNo selama ni tak pernah bantu PAS Ktan dari segi peruntukan kepada kerajan Ktan, hinggakan pemerintahan PAS Ktan dianggap menyebabkan rakyat Ktan tersiksa dan jauh ketinggalan daripada kemajuan. Wang royalti minyak pun tak bagi kat PAS Ktan.
Bila lihat Pakatan Rakyat dan PAS mulai mendominasi pilihan rakyat dan melihat sokongan padu masyarakat bukan melayu kepada PAS dan Pakatan Rakyat maka kini umNO nampak PAS adalah sebuah parti melayu dan Islam seperti umNO. Dulu yang buruk2kan PAS siapa ? Dulu yang kata Islam PAS bukan ajaran yang betul, siapa ?
Sebut pasal melayu & Islam kini umNO seolah2 hanya nampak pemimpin2 PAS sahaja yang Islam dan melayu. Habis pemimpin2 PKR yang terdiri daripada melayu dan Islam tu juga bukan nye melayu dan Islam seperti umNO ke ?
Kenapa pula langsung tidak kedengaran suara-suara daripada pemimpin MCA dan MIC dan kompenen lain parti yang bukan berteraskan melayu dalam isu ni. Kenapa mereka bisu. Apakah parti2 ini tidak tergugat dengan kehadiran pemimpin2 melayu dari parti PAS ? Betapa baiknya pemimpin2 bukan melayu dalam BN ni ?
Kini rakyat sudah lupa tentang RAMPASAN KUASA PERAK, kekalutan MB di Perlis dan Tgganu dan isu dua presiden yang melanda PPP. Apa lagi isu kes Razak Baginda dalam isu Altantuya. Semua isu yang penting ni terus ditenggelamkan oleh media dan pemimpin2 umNO/BN dengan isu Kerajaan Perpaduan yang tidak terfikir oleh PAS ni.
Bijak. Memang bijak pemerintahan Najib ni. Taktik menghuruharakan dan memporakperandakan keadaan ni memang sinonim dengan Najib.
Bermula daripada kisah hidupnya yang bercerai isteri dengan isteri pertamanya. Maksudnya Najib ni boleh memporakperandakan rumahtangganya sendiri.
Selepas itu memprorakperandakan umNO sendiri sehingga pemerintahan Tun Abdullah Badawi terumbang ambing dan akhirnya beliau dilantik menjadi PM
Seterusnya memporakperandakan kerajaan Pakatan Rakyat Perak hingga berlakunya RAMPASAN KUASA dan hingga kini politik Perak bercelaru.
Memporakperandakan institusi Kesultanan Melayu sehingga maruah Sultan Perak tercemar teruk sehingga isu ini dikaitkan dengan seluruh institusi Raja sedangkan perkara ini hanya terjadi untuk Sultan Perak je. Sedangkan kes MB Tgganu umNO ni juga meNATANG kan Sultan Tgganu.
Terkini Najib memporakperandakan PAS sehingga nampak kecelaruan dalam PAS.
Beginilah corak pemikiran sejati manusia bernama Najib ni. Dan pemikiran Najib inilah melambangkan pemikiran parti umNO. Justeru itulah semenjak merdeka pemerintahan umNO di Msia ni maka perpaduan rakyat itu tidak pernah malah tidak akan tercapai. Polisi memporakperanda rakyat ni adalah darah daging umNO.
Tidak ada apa yang mampu diperkatakan lagi dalam isu Kerajaan Perpaduan ni. Berulangkali pemimpin PAS menafikan dan menyanggah prinsip ni namun selagi terdapat kalimah Kerajaan Perpaduan yang diucapkan oleh pemimpin2 PAS maka umNO/BN akan terus memanipulasikan isu ini. Harapan umNo hanya satu memporakperandakan PAS, memporakperandakan Pakatan Rakyat yang kuat itu dan seterusnya mengalih sokongan rakyat kepada umNO/BN semula.
Rakyat hanya meminta agar PAS menutup terus isu ini dengan menolak sebarang persefahaman pada waktu ini dengan memberi penerangan kepada rakyat.
Doa dan harapan semoga umNO akan terus tenggelam dalam isu ni demi melihat kehancuran sebuah pemerintahan yang zalim dan hina seperti BN/umNo ni. Majulah PAS dan Pakatan Rakyat demi kesejahteraan rakyat Msia yang lebih gemilang, bermaruah dan bertamaddun di bawah Pakatan Rakyat.
HAPUSKAN UMNO DALAM MANA2 PRK DAN PRU 13 NANTI. Selagi umNo itu wujud selagi itulah rakyat Msia akan hidup dalam porakperanda. ALLAHUAKBAR!