Umno bukan sahaja bangkrap idea politik malah juga bakal bangkrap dari segi ekonomi jika mereka gagal mengenepikan saman RM218 juta yang difailkan oleh syarikat pembekal barang-barang untuk pilihanraya, Elegant Advisor Sdn Bhd.
Sebelum ini media pengampu melaporkan kes ini seolah-olah telah selesai sedangkan ianya masih berjalan dan Umno masih berada dalam ketakutan kalau-kalau saman ini berjaya.
Pada 23 Jun tahun lalu, syarikat itu menfail saman itu menerusi Tetuan Termizi & Co, dan menamakan bendahari ketika itu Umno Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi serta Umno sebagai defendan, lapor Bernama.
Dalam writ samannya syarikat itu menjelaskan bahawa ia membekalkan peralatan pilihanraya, pengangkutan dan penerbitan kepada Umno untuk pilihanraya ke-11 pada 2004 setelah diminta oleh Abdul Azim.
Namun saya yakin ianya tidak memberi bekas kepada Umno kerana semua orang tau ..............'semuanya bisa diatur Pak'.
Comments
Kepada pejuang2 Islam semuanya, marilah kita bersatu dan bergerak semata2 utk mencari keredhaan Allah.
Setiap pergerakan dan usaha kita haruslah berasaskan pertimbangan utk mencari keredhaan Allah dunia akhirat.
Malah, permuafakatan kita bersama PKR dan DAP juga adalah wajib dijuruskan kearah mencari keredhaan Allah.
Perkuatkanlah usaha dakwah kerana agama Islam itu utk semua, tidak kira bangsa apa jua. Berdakwahlah agar semua rakyat tidak mempersekuukan Allah , supaya berjaya dan bahagia dunia akhirat, InsyaAllah.
berhutang berhutang berhutang.
hutang wajib dibayar.
hutang mesti diselesaikan sebelum kamu dikembalikan keliang lahat.
semuga terhindar dari fitnah kubur
Kalau dah pekung tu ada di badan, sembunyi gimana pun baunya tetap terserlah.
Jadi kat manek Urai ni nanti, kalau umNO kata tak ada duit maka itu bohong namanya. Duit tetap keluar tapi yang makannya adalah pengerusi2 parti umNO nilah. Perjuangan menyokong umNO mesti nak duit beb. Kalau tuidak camna ketua2 umNO ni kaya raya.