INTIPATI UCAPAN PENANGGUHAN TUAN GURU PRESIDEN PAS, DATUK SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

Beliau memulakan ucapan dengan membaca Surah Al Maidah Ayat 2 " Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamaKu dan aku cukupkan nikmatKu dan aku redha Islam menjadi agamamu"
Kata beliau dalam muktamar ada manis tapi jangan terlampau banyak nanti jadi kencing manis; ada pahit tetapi jangan banyak takut sembelit; Ada tawar tetapi jangan banyak takut banjir, disambut dengan gelak ketawa perwakilan dan pemerhati.
  • Ucapan terima kasih kepada pimpinan dan seluruh ahli serta tuan rumah
  • Mereka yang terjun dari bahtera PAS, mereka akan tenggelam
  • Islam Memimpin Perubahan Islam yang berjaya membina dan mengislahkan tamadun manusia. Islam bina tamadun baru mengambil nilai-nilai dari tamadun lain dan mengislahkan nilai-nilai tersebut.
  • Keruntuhan ekonomi kerana halalkan yang haram, semuanya kerana sekularisme memisahkan agama tiada perhitungan dosa dan pahala.
  • Islam mesti jadi penyelesai kepada semua masalah samada ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.
  • Hikmah cara Islam yang dikawal oleh Islam menjadi pengawal kepada apa juga isu dan tindakan.
  • Islam terima apa juga kebijaksanaan tentang apa saja kepakaran untuk menyelesaikan masalah dan urusan dunia asalkan ianya tidak bertentangan dengan Islam
  • PAS tidak perlu menumpang bahtera orang lain samada BN dan sesiapa sahaja.
  • Wakil-wakil rakyat PAS tidak tumbang dengan politik wang kerana Islam menjadi tempat berpijak kita. Tidak seperti wakil-wakil rakyat yang lain yang tewas dengan politik wang.
  • Berjuang mesti bertemu dengan semua pihak, mengajak semua manusia (jahat dan baik) kepada Islam.
  • Mesti kenal musuh sebenar dan musuh yang direka (tiupan-tiupan syaitan) - musuh yang tidak faham.
  • Allah memerintah kita utamakan perdamaian - pendekatan muwajahah silmiyah bagi menarik ahli seberapa ramai yang boleh.
  • Jangan tutup pintu langsung kepada sesiapa sahaja kerana kerja kita adalah kerja baik dan mesti orang lain ke arah kebaikan.
  • Berbuat baik kepada musuh bagaikan pokok yang dilontar batu oleh kanak-kanak, pokok membalas dengan memberi buah atau lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.
  • Bersabar dengan kezaliman tetapi jangan sampai dipijak kepala.
  • PAS tetap membuka ruang kepada media supaya masyarakat dapat menilai apa yang baik dan buruk. PAS tetap telus dan professional.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menyeru selepas muktamar kita bersama-sama :-

  • Suburkan sifat taqwa. Musuh hanya dapat ditewaskan dengan sifat taqwa.
  • Ketaatan dan Wala' mesti ada pada ahli selagi pemimpin taat kepada Allah. Jika pemimpin tidak taat kepada Allah maka jangan taat kepada pemimpin. Sahabat bukan sahaja taat kepada perkara yang mereka faham malah yang mereka tidak faham selepas itu mereka tanya jika tidak faham.
  • Ukhuwwah dan bai'ah mesti dipertingkatkan dan diperkemaskan.Ianya telah dilaksanakan kepada calon-calon pilihanraya dan di kalangan pimpinan pusat.
  • Kesatuan Ummah (Wehdatul Fikr), perjuangan kita bukannya Wawasan 2020. Hanya Islam sahaja yang boleh menyatukan ummah bukannya slogan-slogan seperti bersih, cekap, amanah, Islam Hadhari dan OneMalaysia.
  • Bangunkan manusia dahulu dari perkara lain.
  • Dermakan untuk membina kompleks bukan sahaja untuk pilihanraya.

Tuan Guru mengakhiri ucapan dengan ucapan terima kasih kepada semua pihak.

Comments

serupasekala said…
Syabass Tuan Guru.

Semuga tuhan memberkati perjuangan ahli ahli pas demi perjuangan untuk dunia dan akhirat.


wassalam.
Unknown said…
Cuma ada masa dan ketikanya pendapat dan hasrat daripada mereka yang di bawah perlu diberi perhatian dan di ambil perhatian. Bukan diperlekeh.

ingat 56% perwakilan tidak setuju dgn pres dan ust nasa, di samping tidak setuju dgn unity govt(berbaik dgn umno} antara nya 100% ahli pkr,dap,psm dan prsm.54% pengundi pr12 di semenanjung dan 44% sabah/swak dan saya amat percya setelah membuat analisa rambang hanpir 70-80% ahli pas
Anonymous said…
Salam, Mengapakah yg takut sangat kpd muqobalah & kerajaan perpaduan? Fahamilah dulu penjelasan tok guru. Adakah Pas mengikut arus atau teraruh? Kenalilah siapa pemimpin kita. Butir2nya ada di atas.... Aku tabik spring pada tok guru. Takbir! Pas for All ! bukannya Pas for Pakatan saja!!!

-PAS tidak perlu menumpang bahtera orang lain samada BN dan sesiapa sahaja.

-Berjuang mesti bertemu dengan semua pihak, mengajak semua manusia (jahat dan baik) kepada Islam.

-Jangan tutup pintu langsung kepada sesiapa sahaja kerana kerja kita adalah kerja baik dan mesti orang lain ke arah kebaikan.

-Ketaatan dan Wala' mesti ada pada ahli selagi pemimpin taat kepada Allah. Jika pemimpin tidak taat kepada Allah maka jangan taat kepada pemimpin. Sahabat bukan sahaja taat kepada perkara yang mereka faham malah yang mereka tidak faham selepas itu mereka tanya jika tidak faham.
Unknown said…
to anon 2146

itula saya kata jgn pelekeh pada yg MAJORITY jika tidak pas akan kembali ke era lemah yg hanya tinggal ahli parti yg syok sendiri dan menungu umno lemah utk kembali bernyawa.

tolong jgn perkecil permikiran org lain in other words dont insult peoples inteligence.

kamu kata tolong fahamila penjelasan hj hadi kenapa? even tok guru nik aziz(mushidul am) pun tak faham lagi ke? bertapa kurang aj** nya ust nasa hari ini secara live lekehkan tok guru nik aziz yg di kasihi.kenapa saya fitnah ke? cuba cari video berita ntv 7 hari ini.
Unknown said…
oh ya kamu kenal tak prof dr hj hamirdin ithnin? kalau tak kenal siapa dia saya bole bagi detail prof tu bagi email kamu.i,m sure mutaligat kenal prof ni, mesti pernah panggil dia ceramah kat tempat anta.

dia pun pekak tak faham unity govt hj hadi ke? masuk blog dia http://hamirdin.blogspot.com