HUSAM - SETIAUSAHA, MAT SABU - KETUA PENERANGAN ?

Cadangan Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub agar Husam Musa dan Mat Sabu dilantik sebagai anggota Dewan Hairan mendapat reaksi yang baik dari pelbagai pihak. Tinjauan spontan saya mendapati rata-rata ahli dan penyokong PAS bersetuju dengan cetusan dan idea kedua-dua bekas Ketua Dewan Pemuda PAS tersebut.
Ada antara mereka yang mencadangkan supaya Husam dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS dan Mat Sabu dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat.
Atau salah seorang dari mereka boleh dipertimbangkan untuk mengisi jawatan Bendahari Agong PAS Pusat. Untuk jawatan ini Husam dilihat sesuai kerana latarbelakang pengajian dan minatnya dalam bidang ekonomi.
Andaikata pimpinan tidak melantik mereka saya kiran PAS akan rugi besar kerana kedua-dua mereka merupakan pemimpin yang amat disegani bukan sahaja di Tanahair malah di peringkat antarabangsa.
Apapun semua cadangan di atas hanyalah lontaran idea dan cetusan terpulang kepada pimpinan tertinggi untuk membuat keputusan.

Comments

serupasekala said…
INILAH CARA YANg BAGUS .

HILANGKAN PRASANGKA ADANYA KRONI DALAM PAS.


TAKBIR.......
toytian said…
PAS bukan UMNo.
Abey mat sesuai utk penerangan atau penerang
Abey husam sesuai utk bendahari atau bendara.
Saya pengundi pas, sapa mahu ikut cadangan saya pakat kasi komen lah.kalau tidak no komenlah tak payah dengar komen rakyat.wasalam
mohdjusryjaafar said…
saya sokong...kelebihan ahli jangan di sia-siakan....
demi kebaikan jemaah yang kita cintai