MANEK URAI : PUAD ZARKASYI ADA PhD TAPI BERFIKIR MACAM TAK SEKOLAH

Gesaan Puad Zarkasyi supaya semua guru-guru di Manek Urai mengundi BN membuktikan kecetekan dan kecelaruan pemikiran beliau. Benarkan dakwaan orang bahawa orang cerdik kalau masuk Umno taraf pemikirannya akan sama dengan pengerusi JKKK atau Tok Sidang kampung yang totok Umnonya.
Saya hairan bagaimana seorang yang mempunyai PhD tergamak dan sanggup menyalahgunakan kuasanya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran berkempen dan 'memaksa' guru-guru memangkah BN.
Puad benar-benar merendahkan martabat dirinya sendiri malah pemikirannya lebih rendah dari tukang masak tadika Kemas yang tidak ada kelulusan.
Apakah Puad tidak tahu bahawa guru-guru tersebut terutama yang tinggal dan berasal dari Kelantan mempunyai daya intelektual politik yang tinggi. Mereka celik politik dan tidak mudah diperbodoh-bodohkan oleh sesiapa pun.
Guru-guru ini sudah tentu mempunyai pendirian politik masing-masing yang sukar dipengaruhi oleh sesiapa pun. Mereka akses kepada laman web, blog dan sebagainya.
Saya yakin tindakan Puad ini akan menambahkan kebencian guru-guru dan kaum kerabat mereka kepada Umno/BN yang sememangnya sudah lama ditolak oleh orang Kelantan.

Comments

Anonymous said…
dulu dia yg kuat duk hentam bn srng dah jadi timbalan mentri, he
wan simunjan said…
tindakan2 macam ni tidak boleh ditafsirkan sebagai penyalahgunaan kuasa ke ?

Kalau kes DSAI 1998 dulu senang2 je beliau dituduh dan disabitkan menyalahgunakan kuasa atas alasan memberi arahan kepada orang bawahan atas kepentingan peribadi.

Kalau diikutkan apa yang dibuat oleh Dr Puad ni hampir sama je ? Tapi biasalah BN=Boleh Namanya!
masuh asum said…
ko ni pandai sgt ke nak taklik kan org mcm2? join parti bodoh mcm pas ni, ahlinya pun bodoh jugak le...