Hari ini Bernama membuat laporan jahat dan negatif terhadap PAS terutama menjelang pemilihan PAS awal bulan depan.
Laporan itu dimulakan dengan melaga-lagakan Ulama dan Professional sedangkan sudah berulang kali kita nyatakan perkara sudah lama berlaku dan ianya tidak memberikan apa-apa kesan kerana PAS sendiri pernah di terajui oleh professional seperti Dr Burhanuddin Al Helmy dan Dr Abbas Alias.
Bernama menyebut di dalam laporan tersebut bahawa pemilihan pucuk pimpinan Pas bulan depan bukan sekadar menyaksikan pertembungan caloncalon daripada golongan ulama dan profesional, malah akan memperlihatkan juga sejauh mana kecenderungan parti itu terus mempertahankan perjuangannya menegakkan pemerintahan Islam.
Seterusnya Bernama mendakwa bahawa selepas menyedari bahawa pengaruh golongan profesional semakin meluas dalam parti, segelintir pemimpin Pas telah menekankan pentingnya golongan ulama menyandang dua jawatan tertinggi parti iaitu presiden dan timbalan presiden, namun ada juga yang membantah pandangan itu.
"Mereka termasuklah Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang berpandangan bahawa golongan profesional dan ulama adalah sama kerana untuk memimpin, kedua-duanya harus mempunyai pengetahuan dunia dan akhirat." kata Bernama yang seringkali bertindak seolah-olah penulis upahan BN.
Dulu mereka berjuang untuk menegakkan ideologi tapi sekarang ideologi dah tipis," kata Prof Dr Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dilaporkan oleh Bernama.
Saya tidak nampak di mana tipisnya idelogi PAS sedangkan perlembagaan PAS tetap meletakkan Al-Qur'an, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai hukum tertinggi di dalam PAS. Malah Majlis Syura Ulama' tetap menjadi badan tertinggi yang menerajui PAS.
Bernama juga memetik pendapat seorang Pensyarah Pusat Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi yang berkata Pas kini berbaik-baik dengan parti politik yang didominasi bukan Islam berlandaskan satu matlamat iaitu untuk menumbangkan BN.
"Sekarang rakyat pelbagai kaum dapat menerima pendekatan Pas, jadi mereka akan kekalkan pendekatan sederhana ini selagi mereka dapat sokongan," katanya.
Sekalipun kehadiran golongan profesional ini, yang turut dikenali sebagai kelompok Erdogan, memberi manfaat kepada Pas daripada segi sokongan masyarakat, hakikatnya kata Mohamad Agus, mereka juga membawa bibit-bibit kurang sihat dalam parti seperti perebutan kuasa.
Adakah Agus tidak belajar sejarah Rasulullah S.A.W di mana Rasulullah mengadakan tahaluff dengan bukan Islam dalam beberapa perkara yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Tidak ada salahnya kita bekerjasama untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang rasuah, zalim dan tidak telus. Di mana selepas tumbangkan kerajaan tersebut PR akan menubuhkan sebuah kerajaan baru yang lebih baik seperti yang ditunjukkan di Selangor, Perak, Kedah, Perak dan Kelantan.
Laporan itu terus mempopularkan istilah kumpulan Erdogan, ulama, profesional dan sebagainya. Semua itu tidak lain dan tidak bukan untuk mengharu birukan PAS dan mengujudkan perasaan tidak sihat dikalangan ahli dan pemimpin PAS.
Demikianlah busuk dan jahatnya media hari ini yang cuba melaga-lagakan pemimpin PAS.
Comments