TONTON VIDEO SIDANG DUN PERAK 7 MEI PUN SALAH

Menonton video lucah lebih bebas dari menonton video Sidang DUN Perak 7 Mei. Sebab itulah program makan malam DAP yang menyelitkan tayangan video tersebut diganggu Polis dan alatan siaraya bersama jurutekniknya ditahan Polis.
DAP telah menganjurkan program Makan Malam di Sitiawan bertemakan 'Bubarkan DUN Perak & Kembalikan Hak Kepada Rakyat pada 9 Mei 2009.
Ia di anjurkankan di Sekolah Kebangsaan Nam Wah di Jalan Kampung Koh. Antara peceramah-penceramah yang menghadiri program ini ialah YB Ong Boon Piow, YB V.Sivakumar, YB Nga Kor Ming dan YB Ngeh Koo Ham.
Program makan malam tersebut berjalan dengan lancar pada awalnya. Apabila tanyangan VCD mengenai peristiwa 7 Mei dimainkan, polis telah masuk ke dalam dewan itu dan mula merampas alat-alat tayangan tersebut. Ini telah menyebabkan kekecohan dalam dewan itu.
Persoalannya mengapa Polis begitu tegas dalam hal ini tetapi tidak bertindak tegas dengan penjualan VCD lucah yang dijual secara berleluasa di seluruh negara.
Jika benar ADUN PR yang ganas, kurang ajar, biadap dan menghina institusi Raja mengapa tayangan ini dihalang biarkan sahaja rakyat menonton dan menilainya.

Comments

CYL said…
Polis cuba menyekat penyebaran video persidangan haram. Jika persidangan haram ini dibawa ke mahkamah, polis akan mengeluarkan arahan merampas vidoe ini. PAstikan rakyat dapat maklumat /video sebelum ia diharamkan. sebarkan secepat mungkin.