Media yang sentiasa mencari peluang untuk memecahbelahkan pemimpin PAS tidak jemu-jemu membuat spekulasi dan tuduhan terhadap PAS lebih-lebih pada musim pemilihan sekarang ini.
Antara isu yang hangat di perkatakan ialah tentang jumlah pencalonan yang diperolehi oleh calon Timbalan Presiden. Antara nama-nama yang disebut ialah Nasaruddin Mat Isa, Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Bagi saya jumlah pencalonan ini tidak penting kerana sesiapa sahaja yang layak bertanding boleh bertanding asalkan masing-masing mengesahkan untuk menerima pencalonan tersebut. Samada Nasa, Husam atau Mohamad juga calon-calon lain menerima banyak pencalonan itu hak mereka dan mereka boleh menilai sokongan akar umbi kepada diri masing-masing.
Apa yang pasti jumlah pencalonan tidak menggambarkan undi sebenar yang bakal mereka terima kerana perwakilan kawasan yang jumlanya minima 5 orang setiap kawasan bebas membuat pemilihan masing-masing.
Saya sendiri yang akan menjadi perwakilan pada muktamar pusat awal Jun nanti mungkin tidak akan mengikut keputusan PAS Kawasan yang mencalonkan Ustaz Nasaruddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden. Mungkin saya akan mengundi calon lain yang menjadi pilihan saya. PAS Kawasan saya memberikan kebebasan untuk perwakilan memilih siapa yang mereka rasakan paling warak, berkarisma, berpandangan jauh, berintegriti dan lain-lain sifat mahmudah.
Jadi samada Nasa mendapat 80 pencalonan, Husam dan Mat Sabu hanya mendapat 40 pencalonan tidak memberikan impak yang besar. Perwakilan sudah matang dan akan sentiasa menepuk dada dan bertanya kepada iman mereka untuk memilih pemimpin. Tidak seperti Umno yang suka bertanya nafsu iaitu siapa yang beri lebih dia yang akan diundi..
Comments
hehehe