TAHANAN ISA AKAN DIBEBAS, AKTA ISA BILA NAK DIMANSUH?

Difahamkan tahanan 13 tahanan ISA yang terdiri dari 3 pemimpin Hindraf dan lain-lain akan dibebaskan oleh kerajaan 'One Malaysia'.
Mengapa mereka dibebaskan tidaklah dapat dipastikan. Mungkin kerajaan Najib terkesan dengan 'ugutan' bahawa jika ADUN Kota Alam Shah tidak dibebaskan beliau akan meletakkan jawatan ADUN. Mungkin kerana takut kalah pada pilihanraya kecil maka kerajaan BN terpaksa membebaskan YB Manoharan yang juga salah seorang pemimpin Hidraf.
Malangnya walaupun kemungkinan 13 tahanan ini dibebaskan tetapi masih ramai lagi yang masih dizalimi di bawah akta kejam ini. Antaranya Mohd Sah Satray dan lain-lain.
Bila agaknya kerajaan 'One Malaysia' akan insaf dan memansuhkan akta rimba dan drakonian ini serta usang ini.

Lebih penting lagi, sampai bila agaknya kerajaan 'One Malaysia' ini istiqamah untuk terus menzalimi rakyat dan orang yang tidak berdosa dengan penggunaan akta zalim ISA ini.

Comments

azreen said…
lepas salah..x lepas pun salah..

tapi dah nama pun pembangkang..mana boleh setuju je kan..ummm
insan biasa said…
weh bongok.....majoriti rakyat malaysia nk ISA dihapuskn....sbb ISA ni tahan org tanpe bicara....ni undang2 ap????....dlm quran ad sebut ke undang2 tahan org tanpe bicare.....sengal rr ko ni....tu le dh byk sgt mkn gule2 umno....
zakaria@black said…
pembohong!! mane bukti MAJORITI nak mansuh ISA? tunjuk kan le... yang nak mansuhkan pemimpin pembangkang yg hamprak tu je. sebab kalau ISA hapus, senang dia nak bikin kacau dlm malaysia ni. senang dia nak jadikan malaysia israel kedua.
ikhlas said…
woi zakaria......ko ni gile ke kalau amalkn undang2 islam negare malaysia ni leh jd cm negare israel....ko ikut mazhab ayah pin ke????....wat lawak antarabangse lah ko ni...bile ckp tu biarlah berlandaskan ilmu,bkn berlandaskan nafsu semate2....mane2 negare yg pemimpin nye islam mesti ikut al quran dn hadis....mslhnye skrg akta ISA ni ad ke ikut quran,aku cabar ko buktikan akta ISA ni ad dlm quran atau hadis atau pun ad dlm care pemerintahan rasulluah dn khulafah ar rasyidin...ko jgn ingt care pemerintahan rasulluah dan khulafah ar rasyidin dh lapuk....care pemerintahan diorg berdasarkan hadis dn quran...sebab tu rakyat hidup aman damai...bknnye tahan org tanpa bicara mcm ISA!!...islam x ajarlah tahan org tanpe bicara...apalah ko ni zakaria oiii...