SIAPA KEMARUK KUASA, BN ATAU PR

Krisis dan kemelut politik di Perak mengundang pelbagai reaksi dari pemimpin BN yang sudah pasti menuduh PR dengan tuduhan negatif. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Noh Omar semalam cuba mencari publisiti murahan untuk menaikkan namanya dengan membuat tuduhan bahawa PR kemaruk kuasa sehingga sanggup mengaibkan DUN dan menghina institusi Raja.
Menurutnya, apa yang berlaku semalam itu ternyata didorong oleh sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PR yang 'gila kuasa' apabila tidak boleh menerima realiti bahawa mereka tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota dewan.
Saya hairan dengan sikap Noh Omar yang seolah-olah lupa atau buat-buat lupa bahawa BN lah sebenarnya yang gila kuasa dan kemaruk kuasa sehingga sanggup merompak kuasa PR yang diberikan mandat oleh rakyat Perak.
BN menculik ADUN PR dan meng'kuarantin'kan mereka dan akhirnya keluar dari 'persembunyian' lalu membuat kenyataan menyokong BN. Siapa sebenarnya yang kemaruk kuasa.? Mungkin Noh sudah tidak boleh berfikir secara waras atau sengaja ingin memutarbelitkan fakta bagi tujuan mengabui mata rakyat.

Comments

Anonymous said…
manusia bernama noh omar ni cakap pakai bantai jer...tak pikiq apapun...dia ni manjang buat masalah kalau bukak mulut....sebab mulut badan binasa..noh omar..hang tak tengok ka apa sebenaq berlaku dalam dewan..buta kot...
Anonymous said…
Jangan nak hairan gdn kenyataan noh omar, sejak dari dulu lg dia tak pandai berfikir.dah terlalu bnyak kenyataan bodoh dr dia sebelum ni.
Salam...

Jawapan ikhlas saya, DAP dan PKR yang sebenarnya kemaruk kuasa. Berbaloikah PAS bekerjasama dengan mereka...

Di Perak semuanya ditentukan oleh Ngeh dan Ngah... Tanya Zorro, penduduk Ipoh sendiri tidak ramai yang keluar memberi sokongan
Anonymous said…
video aper yang terjadi didewan undangan negeri perak telah ditonton oleh rakyat jelata,biar mereka menilai wakil mereka pilih sebagai pemimpin.siapa yang biadap dan mencetuskan huru hara dinilai oleh rakyat