Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kekecohan yang berlaku di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam sebagai sesuatu yang amat memalukan.
Saya sangat setuju dengan kenyataan Najib tersebut. Seluruh dunia melihat betapa tidak bertamadun Malaysia apabila membiarkan perkara memalukan ini berlaku. Lebih teruk lagi kejadian memalukan itu berpunca dari sikap tamak kuasa BN yang tanpa segan silu merompak kerajaan PR Perak dengan biadap apabila menculik ADUN PR sebelum ADUN tersebut mengisytiharkan diri menyokong BN.
Najib sebagai arkitek kepada kebiadapan BN mesti memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana beliaulah yang didakwa bertindak sebagai peneraju yang merancang semua ini.
Akhirnya negara dan rakyat menanggung malu terhadap peristiwa hitam ini. Tidak pernah berlaku dalam dunia Speaker diheret keluar dari DUN, sebuah negara/negeri mempunyai 2 Menteri Besar, 2 saf exco, 2 speaker dan persidangan dalam satu masa.
Comments