SELAMAT BERMUKTAMAR WAHAI PEMUDA KU

Terasa baru semalam saya meninggalkan dunia kepemudaan. Namun rupa-rupanya sudah lebih dari setahun saya melewati usia pemuda iaitu 40 tahun.

Saya pernah diamanahkan sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang. Satu di utara satu di Selatan.

Namun jiwa saya masih muda. Orang kata umur tua hati muda. Hati muda tak apa jangan perasan muda dan perangai macam orang muda.

Saya mula memasuki alam orang tua apabila diamanahkan sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri pada awal sessi lalu. Suatu amanah yang saya rasa amat berat untuk dipikul lebih-lebih dalam negeri Melaka yang mencabar ini. Sessi ini saya menjadi lebih tua apabila diamanahkan pula sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil pula. Saf AJK pula ada yang berumur 70 tahun. Susah juga untuk memimpin orang lama seperti itu.

"Aku makan garam lebih dulu dari kamu" itu antara ungkapan yang biasa kita dengar.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada Pemuda Ku (Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka) semoga berjaya memikir dan merancang program yang lebih baik dan berkesan pada masa depan.

Comments

nada rakyat said…
buang je tua-tua banyak mulut tu..