RASUAH DAN MENINGITIS LANDA BUKIT KATIL

Rasuah dan meningitis melanda Bukit Katil. Kedua-duanya sama-sama bahaya kepada manusia. Rasuah bahaya kerana ianya menghancurkan tamadun manusia kerana dengan rasuah orang bodoh, orang jahat, malaun maupun perompak boleh menjadi Ketua Negara. Manakala meningitis pula amat bahaya kerana ianya mengancam nyawa manusia.
Malangnya seperti posting di dalam Blogbukitkatil bahawa kedua-dua wabak ini telah melanda Bukit Katil dan saya amat risau dengan keselamatan diri sendiri, keluarga dan rakyat di Bukit Katil.

Alhamdulillah mengikut wabak meningitis mula terkawal. Namun wabak rasuah masih belum dapat dikawal kerana bapak segala rasuah masih berkuasa dan masih gagah berada di tampuk pemerintahan negeri ini walaupun beliau terbukti melakukan rasuah.
Memang muka tembok dan tidak bermaruah bapak segala rasuah tersebut.
Takziah buat rakyat negeri Melaka kerana masih dilanda wabak rasuah.

Comments

ezrin said…
yang jadi mangsa rakyat biasa...
yang atas tak kenala plak.....
Anonymous said…
Rasuah ada di mana mana bukan sekadar di Melaka atau khususnya di Bukit Katil..adakah cara yang sempurna untuk membenteras rasuah??atau sejauh manakah pemimpin2 PAS tidak terdedah kepada rasuah??mungkin bukan sifat BN untuk membuka pekong sahabat sahabat dari PAS yang terdiri dari orang Melayu..tidak saya nafikan ada pemimpin pemimpin yang mengamalkan rasuah baik dari PAS mahupun UMNO sendiri..cuma perlukah kita mengambil risiko dengan menyerahkan keharmonian negara pada pemimpin2 yang belum tahu keberkesanannya memimpin??seperti yang saya katakan tadi kedua dua pemimpin parti ini terlibat rasuah jadi lebih elok diberikan kepada pemimpin yang mengambil rasuah tetapi masih bijak mentadbir negara dan telah terbukti daripada pemimpin yang mengambil rasuah tetapi menggadai negara dan sibuk menjual agama..sama tetapi tidak serupa..sekadar renungan..
Wabak penyakit biasa nya boleh di kawal dan obat ada atau bolih dicari vaksin nya.
Tak ada obat dan vaksin pon tak apa boleh lagi di kuarantin.

Manakala rasuah tak ada obat, vaksin dan kuarantin tidak berkesan.
PR mesti jauhi dari wabak rasuah dari awal.
Yang dah sakit dengan wabak rasuah akan tertagih dan akan mintak lebeh banyak.

Yang penting ialah PR jaga dan awasi wabak ni tak masok.
umno berasuah itu hal umno.
Melayu dalam umno ada lah jenis lain dan agama orang umno juga berlainan.

Disiplin dalam PR mesti bertahap tinggi. Pecat segera mana-mana yang rasuah , tak perlu beri muka.