Jika benar BN takut duit rakyat hangus untuk belanja menguruskan Pilihanraya Kecil DUN Perak, rakyat Malaysia sanggup mengeluarkan duit sendiri bagi menjayakan pilihanraya tersebut.
Haji Ab Rahhim Idris dari Lorong Pandan berkata, beliau sanggup bergolok bergadai untuk mengeluarkan duit poket sendiri bagi menampung perbelanjaan pilihanraya tersebut.
"Saya yakin kebanyakan rakyat Malaysia juga sanggup mendermakan duit mereka untuk tujuan tersebut". katanya
Seorang rakannya Mat Yani Ismail dari Bukit Pulau pula berkata saya sanggup mendermakan duit saya demi menegakkan kebenaraan dan menyelesaikan kemelut politik yang amat memalukan negara.
"Satu dunia tahu betapa buruknya demokrasi di negara kita, jadi untuk menutup malu tersebut lebih baik saya keluarkan duit sendiri untuk derma kepada SPR sebab nampaknya BN dan SPR menggunakan alasan membazir untuk tidak mengadakan pilihanraya" jelas Yani.
Sementara itu Che Saidi Ismail dari Ayer Keroh juga menyokong usaha mengumpul derma untuk menampung pilihanraya tersebut.
"Jika benar SPR dan BN tak mahu duit rakyat dibazirkan elok rasanya rakyat kumpul derma dan serahkan pada SPR untuk uruskan Pilihanraya negeri Perak' ujar beliau seorang pekerja swasta.
Rata-rata mereka yang saya temui bersetuju dengan gesaan rakyat negeri Perak supaya DUN Perak dibubarkan malah mereka juga rela untuk mendermakan duit mereka jika benar SPR dan BN tidak mahu duit rakyat dibazirkan jika Piliharaya diadakan.
Comments