RAKYAT PERAK DIHARAP BERTENANG

Saya mengharapkan rakyat negeri Perak Darul Ridzuan bertenang dengan apa juga keputusan mahkamah. Serahkan segala urusan menangani kemelut ini kepada pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.
Kita mesti menaruh setinggi-tinggi kepercayaan kepada pemimpin kita dalam menghadapi situasi getir seperti ini.
Insya Allah doa kita golongan yang dizalimi akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Mari sama-sama kita bermunajat kepada Allah, agar Allah mempermudahkan segala kerja buat kita dan dikira olehNya sebagai amal ibadat.
Amin.

Comments

jamilkucing said…
Bermula dari 5 Febuari 2009, jumlah ADUN UMNO 27, jumlah ADUN DAP 17. PKR 5, PAS 6, MCA 1 dan 3 ADUN Bebas.

Itu pun dah cukup terang dan jelas akan 'suara rakyat' dan siapa yang sepatutnya menjadi Menteri Besar. Walaupun aku bukan orang UMNO tapi aku tak mudah ditipu oleh fahaman anwarisma wal juburi!!

Oleh kerana MCA berada di dalam Barisan Nasional, maka jumlah kerusi BN ialah 28 orang dan 3 ADUN bebas telah membuat pengakuan di hadapan Paduka Seri Sultan Perak bawa mereka bertiga memberikan sokongan kepada BN, menyebabkan kekuatan BN ialah 31 sedangkan Pakatan Rakyat ialah 28.

Bodoh sangatkah Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Ajaran demokrasi barat mengajarkan bahawa kelebihan satu undi juga dikira majoriti, jadi atas alasan apakah Nizar minta DUN dibubarkan? Siapakah Nizar dalam PR yang menjawat kedudukan yang sepatutnya disandang oleh Ngeh atau Nga?

Fahaman anwarisma al juburi membenarkan amalan lompat parti dan disokong oleh Mursyidul Am PAS setelah dijangkati oleh virus Erdogan kecuali Kapal Karam memandang kerja itu jijik dan hina.

Kalaulah pada 16 Sept 2008, berlaku lompatan oleh 30 ekor katak dari BN ke PR, sudah tentu pencacai PR akan menyanjung dan mendewakan katak katak itu. Apakah pencacai PR akan mengatakan berlakunya 'rampasan kuasa' sekiranya al juburi berjaya memenangi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, walapun dengan kelebihan 1 kerusi??

Jahat sungguh wabak presepsi yang disebarkan oleh virus A1N1 (Anwar Ibrahim Nombor 1) yang berpunca dari BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) yang bertopeng manusia.

Semoga Saiful Bukhari Azlan terus gagah dan tabah untuk menghantar al juburi balik ke Sungai Buloh bagi menghabiskan sisa umurnya di sana.... Amin!
Mat Sembab said…
Tapi kami tidak mudah tertipu dengan cyber trooper UMNO yg bodoh lagi bebal...
Anonymous said…
jamilkucing, anda terlalu biadap..memfitnah dan menghina Anwar Ibrahim. Anda nama sahaja islam..tetapi sikap anda mencerminkan sebaliknya. Adakah Anwar pernah menghina anda sehingga anda menghina beliau sebegitu rupa?

politik is politik, anda tak boleh bersikap macam orang bodoh sehingga sanggup merendahkan martabar manusia sehingga sama seperti babi. Jika anda seekor babi, begitu juga dengan emak dan bapa anda juga kedua-dua ekornya babi. Saya rasa anda juga akan marah jika orang kata anda anak babi..walaupun anda sememangnya anak babi
Naruto Sensei said…
3 adun masih dalam kes mahkamah jadi dimanakah majoriti BN..

Malah sebelum pembentukkan kerajaan PR Perak mereka telah menandatangani surat akujanji di hadapan Sultan yang akan taat setia serta akan meletakkan jawatan sekiranya ingin melompat Parti..

Apabila Speaker Siva memgumumkan kerusi mereka kosong sepatutnya diadakan PRK untuk ketiga kawasan tersebut.. Jadi kes 3 Adun ini masih dalam pertikaian di mahkamah, dan dimana pula majoriti BN untuk ketiga2 kerusi tersebut...?

Malah Adun Behrang Dan Adun Changkat Jering pun masih dalam perbicaraan mahkamah berkaitan kes Rasuah yang UMNO sendiri dakwa sebelum ini..

Dalam hal ini lebih baik semua Adun meletakkan jawatan dan bertanding dalam PRK Perak, supaya mandat dapat diberi kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru yang lebih kukuh lagi..

Masalahnya kenapa UMNO sampai ke hari ini seperti mengelak PRK ? buktinya sampai ke saat ini calon BN untuk DUN Penanti pun masih belum diumumkan..

Dan apabila digertak oleh ADUN Kota Alam Shah untuk meletakkan jawatan Kerajaan terus membebaskannya pula. Sedangkan kita tahu jika beliau meletak jawatan PRK tentulah akan dijalankan di kawasan tersebut...

Hal ini memberikan gambaran yang kukuh kepada rakyat yang UMNO sekarang ini begitu fobia atau mengalami trauma untuk bertanding dalam Pilihanraya..

Jelas tindakan inilah yang membuatkan rakyat semakin resah kerana Krisis Perak yang tiada kesudahannya..

Sedangkan jika diadakan Pilihanraya Krisis ini tidak akan berlarutan sampai ke hari ini..malah jika jalan Pilihanraya diambil, krisis ini sudah tentu berjaya diselesaikan, dan hari ini kita sudah pun tahu siapakah yang berkuasa di Negeri Perak sekarang dengan keputusan yang dibuat oleh rakyat Perak sendiri..


Wassalam..
Naruto Sensei said…
Peguam Zambry berhujah penangguhan keputusan mahkamah semalam bertujuan menghalang Nizar mendapatkan perkenan Sultan Perak bagi membubarkan Dun.

Ini bukti kukuh UMNO sekarang begitu takut dengan Pilihanraya..
Mengaku mendapat sokongan padu rakyat konon...

Sememangnya UMNO memang Bacul...

UMNO memang Bacul

UMNO memang Bacul

UMNO memang Bacul

UMNO memang Bacul

Malu Malaysia di perintah oleh parti yang Bacul...
Anonymous said…
jamil hurairah cakap tu betul, tapi kau kena ingat tiga keping kartu yang kau gunakan untuk menjadi 31 itu kau ambil dari bawah meja, kartu yang telah hapuskira sebab telah hilang, permainan hanya menggunakan kartu atas meja, jika kau main kartu judi sekali haram, kau tipu pula dengan kartu hapuskira sudah dua kali haram, jika kau main juga kau betul-betul haramjadah.
Hasbullah Pit said…
jamilkucing:

Kalau benar dia rasa dia layak jadi MB, kenapa tak guna saluran sah untuk jadi MB?
Anonymous said…
pembetulan bukan jamilkucing tapi jamilaljuburbabi
Anonymous said…
amalan lompat parti dan disokong oleh Mursyidul Am PAS-
Untuk jamilkucing keron
Bila masa MAP menyokongnya sedangkan negeri kelantan telah meluluskan undang2 lompat parti tetapi telah ditolak oleh mahkamah.Kalau buta sejarah tu jangan nak memfitnah lah oi kucing
Anonymous said…
sabar2 janagn tambah dosa,mengutuk mengata dan menghina,istifar banyak2.
Anonymous said…
Bermula 5 Feb 2009 itu bukan tarikh UBN dapat mandat rakyat Perak. Sebelum 5 Feb, 3 DUN kosong, Fasal 33(1)Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Perak,'jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli DUN itu telah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad.' SPR tiada kuasa dan tiada berhak membuat keputusan berkenaan kekosongan kerusi dan kesahihan perletakan jawatan tersebut. Matematiknya PR 28 dan BN 28 kerusi. PR mahu bubar DUN ambil mandat baru. BN main buntut dengan SPR, 3 ekor katak yang mati hidup semula berlidung di bawah tempurung BN. Penghuni hospital bahagia Tanjung Rambutan pun tahu buat kira2 congak. Kucing mana tahu semua ini!!!
mawe™ said…
MENTERI BESAR HARAM DIBENARKAN JALANKAN TUGAS MENTERI BESAR HALAL

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Nizar ( bukannya Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Nazri adalah Menteri besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.
Anonymous said…
Nizar bukan gila jadi MB, PR bukan gila kuasa perintah Perak. Awal-awal lagi minta bubar DUN, rakyat Perak akan menentukan, jika menang BN silakan Zambry....kenapa buat kerja gila...jangan ikut perangai Bush hancurkan Iraq...di mana Bush sekarang....masih jadi tuan perintah dunia ke???
zakaria @ black said…
sokong jamil. kebodohan pas terserlah selepas keputusan mahkamah rayuan itu. Nizar mmg giler kuasa. kalau tak, xkan tak sempat nak balik umah terus buat mesyuarat exco. pastu, buat keputusan BODOH gantung SUK dan LA.Bebal di nizar ni. bile mahkamah rayuan buat keputusan, terhegeh2 keluar opis MB. tak ke besar kemaluan dia tu. jika pemimpin dah bodoh kabir mcm tu, ahli n pengikut dia macam mane?? adioss