PR JARINGKAN 2 GOL LAGI MENJADIKAN 6-0

PKR bakal menjaringkan 2 gol lagi iaitu di Penanti dan Manek Urai. Di Penanti pintu gol BN tidak dikawal langsung dan ternganga untuk dibolosi manakala pintu gol BN di Manek Urai dikawal oleh penjaga gol yang kudung tangan dan kaki mudah untuk ditewaskan.
Itulah ibarat yang saya analogkan kepada keadaan BN yang sangat lemah dan tenat ibarat nyawa-nyawa ikan. Tapi ikan puyu susah juga untuk mati.
Di Penanti BN mengaku kalah awal-awal lagi walaupun pelbagai alasan diberikan untuk menutup malu bahawa mereka takut kalah. Manakala di Manek Urai pimpinan Umno/BN tertipu dengan janji dan cakap besar pemimpin Umno BN bahawa mereka akan menang di Manek Urai sedangkan hakikatnya Umno/BN amat tenat di Kelantan. Hampir setiap hari ada penyokong BN yang menyertai PAS atau sekurang-kurang menyatakan sokongan kepada pimpinan Tok Guru.

Memang benak dan pekak seseorang itu jika tidak mampu melihat kebaikan pemerintahan Tok Guru Nik Aziz jika hendak dibandingkan dengan pemerintahan kerajaan negeri di bawah BN. Bayangkan 19 tahun Tok Guru memerintah tidak seorang pun Exco atau ADUN PAS dan BA/PR yang disabitkan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Itu sudah cukup untuk membuka mata rakyat bahawa pemerintahan Tok Guru amat telus, bersih dan berintegriti.
Oleh itu saya menggesa supaya BN juga menarik diri dari bertanding di DUN Manek Urai bagi memudahkan PR mendahului BN 6-0.

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum. ana raskurang tepat pengiraan tu. supposed its 6-1. ade satu kawasan yang BEnd menang di sarawak
PAS SERKAM said…
rasa ade silap perkiraan tu bro.. PKR hanya di penanti dan PAS stay di manik urai. Bee End hanya kat batang ai saja
bustaman said…
"Memang benak dan pekak seseorang itu jika tidak mampu melihat kebaikan pemerintahan Tok Guru Nik Aziz jika hendak dibandingkan dengan pemerintahan kerajaan negeri di bawah BN. Bayangkan 19 tahun Tok Guru memerintah tidak seorang pun Exco atau ADUN PAS dan BA/PR yang disabitkan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa". - KES MAT SABU BERKHALWAT DENGAN BINI ORANG, TIME SAPE JADI MB?
Unknown said…
kes mat sabu d tangkap khalwat, akhir nya terbongkar juga komplot jahat tu. Selepas d tangkap khalwat mat sabu makin popular d kalangan rakyat yang celek dn berakal. Orng umno suka ambil cerita sekerat2.
Anonymous said…
PAS ADALAH PARTI MAKSUM YANG BEBAS DARI RASUAH...PAS DIPIMPIN OLEH MANUSIA YANG BERTARAF MALAIKAT...PAS ADALAH PARTI YANG HEBAT DI MUKA BUMI INI KERANA XDE SORANG PEMIMPIN PUN YANG MELAKUKAN RASUAH...HEBAT BETUL PAS INI...