Semuanya serba salah dalam negara One Malaysia. Kerajaan bukannya mengambil pendekatan lunak bila berhadapan dengan rakyat sebaliknya bertindak ganas dan zalim kepada rakyat yang membuat bantahan secara aman.
Apa nak jadi dengan negara One Malaysia ini. Ingatkan Perdana Menteri baru akan membuka lembaran baru dengan mengambil pendekatan terbuka, lunak dan berhemah bila berhadapan dengan isu rakyat. Namua semuanya meleset, malah kerajaan One Malaysia lebih ganas dan rakus dari kerajaan Islam Hadhari.
Malam tadi seorang Ahli Parlimen dan seorang ADUN yang sepatutnya dihormati dengan gelaran Yang Berhormat ditangkap.
Ketika menyertai acara nyalaan lilin sebagai "tanda berkabung matinya demokrasi" dua wakil rakyat DAP iaitu ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Chin dan ADUN Teratai Jenice Lee ditahan ketika mengadakan nyalaan lilin di Seputeh pada jam 8.20 malam tadi.
Nyalaan lilin itu - yang diadakan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Teresa Kok - disertai berpuluh-puluh mereka yang memakai baju-T hitam.Menurut pihak penganjur, nyalaan lilin itu diadakan sebagai menandakan "pembunuhan demokrasi oleh kerajaan haram Perak".
Mereka sebelum itu berkumpul di luar satu kawasan kosong yang terletak berhadapan dengan bangunan pejabat DAP serta membawa poster mendesak supaya DUN Perak dibubarkan.
Ketika mereka hendak melancarkan kempen mengumpul tandatangan, mereka dikepung oleh ramai anggota polis.Seorang pegawai polis kemudiannya mengarahkan mereka supaya bersurai kerana mengikutnya ia adalah satu perhimpunan haram.
Nampaknya negara One Malaysia ini sudah tidak bebas dan selamat. Bila-bila masa sahaja rakyat yang tidak diketahui dosa dan kejahatan mereka boleh ditangkap.
Adakah ini corak negara One Malaysia yang diidamkan Najib.????
Comments
COMPANY MANA TU YE?
Bukan pakai hitam dan pasang lilin yg menjadi masalah, tapi mengapa bakar lilin dan pakai baju merah.
Saudara pergi belajar lagi dengan nabil.
Kalau nak menulis, tulis sesuatu yg informatif spt dalm blog chedet, baru kelas.
Saya yakin saudara tak ada upaya nak tulis spt dalam blog chedet.
Tentu kena tangkap juga?
Jadi kini kena tanya depa, pakai kala apa yang boleh?
Tiada undang-undang dalam negara ini yang larang guna pakai nama Altantuya dan ceramah tentang hal sultan dan raja.
Undang - undang negara kita juga tidak ada larangan untuk mana-mana pihak samada berkumpulan atau perseorangan untuk buat tunjuk perasaan.
Larangan-larangan diatas adalah dari pihak polis sahaja dan tidak berlandas kepada perlembagaan negara.
Jelas sekali bahawa kerajaan umno sekat hak hak rakyat Malaysia.
***Ada rakyat kita yang berugama Islam mungkin tidak sedap hati dengan cara nyala lilin.
Mereka bolih hadir dengan tidak nyala lilin. Mereka bolih buat dengan sembahyang dalam hati. Sebab tujuan adalah sama.
Upacara nyala lilin adalah lebih baik, teratur dan selamat jika di banding dengan tunjuk perasaan cara berarak beramai.
***kenapa polis tak tangkap yang buat tunjuk perasaan depan pejabat urusan Karpal Singh?
***kenapa polis tak tahan yang nak sekat Karpal Singh di dalam Parlimen?
***kenapa polis bolih beri permit untuk umno untuk bakar bendera Amerika?
***kenapa tunjuk perasaan sokong akta ISA olih umno tiada orang yang di tangkap?
Saya rasa banyak pembaca pon tahu hal-hal ini.
PADA PENYOKONG2 PAS TERUSKAN PROTES KITA..PASANG LILIN BANYAK2 KAT UMAH..KAT TEPI JALAN...KAT MANA2 SAJALA...TUNJUKAN PADA ORG BN YANG KITA X BERPUAS HATI DNGAN CARA MEREKA MEMERINTAH DI NEGARA INI...KALO NAK DAPAT DISKAUN LILIN DATANG KE KEDAI SAYA BERALAMAT NO.21, JALAN MENGELEMBU 2, TAMAN MENGELEMBU, PERAK..