Baru sahaja saya membuka blog ini pagi ini tersentak dengan berita bahawa YB Pak Su Wei (Ismail Yaakob) ADUN Manek Urai meninggalkan kita semua subuh tadi kira-kira jam 5.55 pagi.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau yang banyak jasa kepada perjuangan Islam di Malaysia ini. Beliau merupakan pejuang gigih yang sukar untuk dicari ganti. Sering diamanahkan sebagai Ketua Keselamatan dan memang beliau menggunakan 'kegedebelan' untuk Islam bukan untuk mungkar.
Persoalannya adakah BN akan memulaukan Pilihanraya Kecil yang bakal berlangsung kerana alasan yang sama iaitu PR memperalatkan demokrasi????!!!!
Comments
ADUN BARU JE MENINGGAL...KAMU DAH SIBUK PASAL PILIHANRAYA..APA PUNYA MANUSIA LA KAMU NI...