MEDIA SEKALI LAGI SAYA INGATKAN JANGAN LAGA-LAGAKAN PIMPINAN PAS

Sehari dua ini media menggunakan sepenuhnya kesempatan sempena muktamar PAS Pusat untuk mensensasikan apa juga berita yang mungkin dapat menarik minat pembaca.

Media pengampu seperti Utusan (Meloya) dan Berita (Hairan) sudah tentu tidak teragak-agak menjadi 'ayam tambatan' tuannya BN untuk melaga-laga dan memporak perandakan perpaduan dan wehdah yang sedia ada di dalam PAS. Namun segala usaha mereka hanya sia-sia sahaja kerana pemimpin dan ahli PAS semuanya matang dan cerdik menyelidik setiap berita yang mereka tatap dan baca.
Ahli dan pemimpin PAS sentiasa berhati-hati menilai setiap berita yang keluar dari monitor TV dan corong-corong radio serta juga media cetak dan internet. Mereka sentiasa ingat akan firmah Allah di dalam Surah Al Hujurat yang meminta orang beriman supaya sentiasa menyelidiki setiap berita yang mereka dengar, dari mana sumbernya, siapa pembawanya dan lain-lain kerana ditakuti berita tersebut di bawa oleh orang fasik yang mempunyai tujuan jahat untuk menabur fitnah, tohmah, bohong dan sebagainya.
Insya Allah selagi ahli dan pemimpin PAS berpegang kepada Al Qur'an dan Hadis mereka akan terselamat dari fitnah dunia dan kerja jahat mereka yang busuk hati dan memusuhi Islam.
Hari ini sebuah media internet popular juga tidak terlepas dari mewar-warkan pertembungan dan kononnya perlumbaan untuk merebut jawatan di kalangan puak yang dilabelkan sebagai Pro-Muqabalah dan Erdogan (Puak Pro-Pakatan Rakyat).

Dari dahulu lagi saya konsisten menyatakan bahawa semua ini adalah label-label yang digunakan oleh musuh PAS untuk memecahbelahkan PAS.
Saya sendiri tidak kisah samada Husam, Ustaz Nasa atau Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden. Semua mereka adalah orang PAS yang terbukti komited, tahan uji dan setia 'loyal' kepada PAS. Siapa tidak kenal Husam Musa yang sejak dari kecil bersama-sama dengan PAS. Apabila beliau menamatkan pengajian dari Universiti Malaya (UM) beliau memperhambakan dirinya untuk perjuangan bekerja sepenuh masa untuk PAS di Pejabat PAS Kelantan. Besar jihad beliau kepada perjuangan Islam PAS sehingga sanggup meninggalkan kemewahan menjawat jawatan dalam kerajaan atau swasta. Graduan Ekonomi seperti beliau sudah tentu boleh 'demand' jika beliau inginkan kemewahan.
Bagi Mohamad Sabu pula semua orang kenal dari kecil sampai besar, dari melayu sampai murut dan sesiapa sahaja. Keluar masuk penjara sudah menjadi kebiasaan bagi beliau. Berpengalaman memimpin PAS dari semua peringkat. Dilabelkan sebagai pemimpin hebat dengan semangat juang yang tinggi serta mempunyai aura untuk memobilasi rakyat.
Ustaz Nasa seorang pemimpin muda yang mendapat kepercayaan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor menjadi Setiausaha Agung dalam usia muda. Tidak ramai yang mengenali beliau sebelum itu. Namun beliau membuktikan kepada semua bahawa kepercayaan Ustaz Fadzil adalah tepat apabila menguruskan PAS dengan baik semasa beliau menjadi Setiausaha Agung.
Kini terbuka kepada perwakilan untuk memilih sesiapa sahaja yang diyakini dapat membantu Tuan Guru Presiden PAS. Apa yang penting Tuan Guru mesti mempunyai seorang pembantu yang hebat yang dapat membantu merapatkan saf perjuangan di dalam Pakatan Rakyat, menyediakan platform dan perkembangan terkini tentang apa juga isu terkini dari segi ekonomi, politik dan sebagainya untuk maklumat Tuan Guru Presiden.

Saya yakin ketiga-tiga calon berupaya untuk menunaikan tanggungjawab yang saya nyatakan di atas.
Oleh itu media tidak perlulah pandai memandai mengolah dan menganalisis keupayaan ketiga-tiga mereka. Jangan sampai analisis dan olahan tersebut menjadi fitnah dan tohmahan kepada mereka bertiga. Jika itu yang berlaku media mesti memohon maaf kepada mereka dan semua ahli PAS serta rakyat Malaysia.

Comments

Unknown said…
apa nak risaukan hasutan yahudi malaysia... mana ada orang pas yang beli akhbar bn. dan rakyat malaysia ramai yang tutup tv tentang berita dalam negeri.
zakaria @ black said…
ape hak ko nak bagi amaran kat media?? lu sapa?? setakat menag ydp pas guna duit tak payah la nak sibuk2 bagi amaran kat org...
Kita tiada apa-apa hak untuk teguh mana-mana MSM
MSM adalah kepunyaan pihak bn.
Kita chuma bolih saman dan harap mahkamah bolih selesai kan.
Itu pon kalau hakim itu tiada kaitan dengan vincent seTan , vk lingam dan rakan-rakan yang sejenis dengan nya.

Saya pon tak tahu menahu apa barang yang di tulis dalam akbar msm.Dah hampir 3 tahun tak beli dan tv chuma untuk tonton DVD cetak rompak.
Sebab yang dalam msm , rtm dan tv3, kita chuma bolih terima setengah sahaja.
Sebab setengah lagi itu tak bolih dipakai.
Rata-rata semua rakyat malaysia dah tahu perkara ini.