KEMELUT PERAK : PENYELESAIAN MUDAH ADA, TAPI SENGAJA CARI MASALAH

Oleh kerana takut kehilangan kuasa dan dimalukan rakyat kerajaan HARAM Perak sengaja mencari jalan penyelesaian yang susah dan rumit serta tidak bertamadun. Sepatutnya sebaik sahaja kemelut ini berlaku masing-masing mesti bersikap professional dan berlapang dada dengan memulangkan mandat dan kuasa kepada rakyat untuk menentukan siapa kerajaan yang sah. Bubarkan sahaja DUN dan semuanya akan selesai.

Tetapi oleh kerana sudah sebati dengan kerja-kerja jahat dan tidak bertamadun BN sengaja mencari jalan berliku dan susah untuk menyelesaikan kemelut di Perak. Mereka bukannya bodoh dan tidak tahu bahawa segala kerja buat mereka boleh dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

BN tahu bahawa dengan cara bodoh dan tidak bertamadun cara terbaik bagi mereka untuk mendapatkan kuasa. Jika DUN dibubarkan BN tidak yakin akan dapat merampas kembali Perak.

Namun begitu PR jelas lebih gentleman dan berani. Mereka tahu bahawa andaikata DUN dibubarkan belum pasti PR akan menang dan memerintah semula. BN mempunyai segala macam jentera, duit yang banyak, media dan SPR yang memihak sudah tentu BN mempunyai kelebihan untuk menang. Tetapi mengapa BN takut untuk bertarung di gelanggang. Semua itu adalah kerana takut kepada bayang-bayang sendiri.

Keputusan petang ini samada Zambry atau Nizar akan diisytiharkan sebagai Menteri Besar juga tidak akan menyelesaikan kemelut politik Perak. Selepas akan ada lagi pelbagai saman dan semakan semula keputusan mahkamah akan difailkan. Antaranya kesahihan perlantikan Speaker HARAM Ganesan, kesahihan Sidang DUN 7 Mei dan sebagainya.

Maka sekali lagi patik merayu dan memohon Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak supaya memperkenankan permohonan hamba rakyat untuk membubarkan DUN Perak bagi menyelesaikan segala kemelut yang amat merugikan rakyat negeri Perak.

Comments

Anonymous said…
Gentlemen apa bila dah kalah dalam permainan nak minta rematch. Ada ke orang main bolah, bila dah ketinggalan 3-0 tiba-tiba pergi kat penganjur kata, kita mesti mula balik permainan sebab itu baru gentlemen.
Anonymous said…
Dalam sejarah bola tak pernah ada kejadian semasa permainan, tiga pemain boleh tukar jersey dan turut sertai team lawan.Bubarkan DUN supaya Rakyat Perak dapat memilih MB mereka
Anonymous said…
dalam permainan bola mana boleh penonton masuk padang tarik pengadil keluar, gantikan pengadil dikalangan penonton, maklumlah pengadil asal arahkan 10 pemain keluar padang sebab dapat kad merah dalam permainan sebelum ini, dan pengadil asal tidak mahu tiup wesel untuk memulakan perlawanan selagi 10 pemain yang dibuang padang tu keluar. Anon yg memula tu akai ada ka??
muryadi said…
hebat hujah korang2 (Anon 2nd & 3rd), aku rasa mau 3 atau 4 hari si (1st) Anon tu (11 May 2009 10:19) terkedu nak bagi komen selepas ni.
Anonymous said…
Hebat apa hujahnya, ni jawapan saya:

1. Pemain bola tukar jersey
jawapan: Dalam bola memang tak boleh tukar jersey. Tapi dalam demokrasi malaysia boleh (kecuali kalau awak nak nafikan). Jadi kena faham dulu undang-undangnya. Kalau dah undang-undang benarkan, apa masalahnya?

2.Penonton masuk padang tarik pengadil keluar.
Polis bukan penonton, tapi security guard yang mengawal kelancaran perlawanan. Apa jadi kalau pemain kena kad merah, tapi tak mau keluar padang dan nak terus main. Dah referee suruh berkali-kali masih degil. Jawapannya panggil security untuk angkut pemain tu keluar la.

Dari Anon 10.19