H1N1 DAN 1MALAYSIA SAMA-SAMA BAHAYA?

Virus H1N1 adalah antara virus paling berbahaya kerana ianya boleh membawa maut kepada manusia. Apabila bala Allah menimpa manusia dengan bala H1N1 manusia menjadi tidak tentu arah, hendak keluar rumah takut, hendak bekerja takut, hendak makan angin takut dan macam-macam lagi ketakutan yang jelas menyebabkan aktiviti manusia menjadi terbatas. Semua itu merupakan bala Allah kepada manusia yang tidak serik-serik menentang kekuasaan Allah.
Di Malaysia juga ada sejenis virus yang dinamakan 1Malaysia. Virus ini mungkin tidak membawa maut kepada manusia.
Namun virus ini boleh menyebabkan kefahaman seseorang kepada agama menjadi caca marba dan haru biru. Manakan di dalam negara yang mengamalkan 1Malaysia ini judi, arak, pelacuran, undang-undang tidak Islam, konsert liar, pergaulan lelaki & perempuan, buka aurat, riba dan lain-lain dihalalkan oleh negarar 1Malaysia sedangkan di dalam Islam semua itu jelas haram.
Jadi saya mengharapkan pelopor dan pengasas 1Malaysia supaya mengkaji semula dasar ini dan mengubahnya dengan segera supaya sesuai dengan Islam.

Comments

PALESTINHOOD said…
Agaknya bila masanya pemerintah BN akan sedar akan penularan virus yg lebih berbahaya kpd semua manusia... iaitu VIRUS SEKULAR... ianya tiada ubat yg lebih mujarab kecuali dgn penghayatan & pengamalan kpd syariat ISLAM...