DUN PERAK AKAN DIBUBARKAN BILA-BILA MASA?

Itulah yang menjadi hajat seluruh rakyat Malaysia yang inginkan kemelut di Perak berakhir dengan kemenangan rakyat. Parti-parti politik tidak sepatutnya mendera rakyat demi kepentingan politik dan nafsu serakah mereka.
Rakyat negeri Perak sudah lama didera dengan zalim dan kejam oleh BN yang tamak dan gila kuasa. Sudah sampai masanya rakyat diberikan hak untuk menentukan masa depan mereka sendiri.
Negeri Perak bukan hak mutlak BN atau PR. Ianya adalah hak rakyat yang mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan mereka dengan memilih kerajaan yang adil, telus, berkebajikan dan berdaulat.
Samada DUN akan dibubarkan atau tidak, ianya tidak dapat dipastikan. Namun bagi saya jika hendak diharapkan kepada kerajaan HARAM BN untuk membubarkan DUN ianya seolah-olah mustahil. Bukan kerana apa, kerajaan HARAM BN sedar bahawa mereka tidak ada kuasa untuk menasihat Sultan supaya memperkenankan pembubaran DUN kerana kerajaan pimpinan Zambry sendiri adalah kerajaan HARAM yang tidak ada kuasa dan tidak sah disisi undang-undang.
Mahkamah sendiri minggu dahulu telah memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah. Zambry cuma dapat menagguhkan keputusan itu sahaja, hakikatnya Nizar masih Menteri Besar yang SAH.

Comments

Anonymous said…
Waktu berangan Zambry dan UMNO sudah selesai.

Masa kian hampir. Sultan kena setuju dengan usul DS Nazri.

Bubar !!!

- radenjowo -
badang_ni said…
Tak ngaper kalo Baginda Sultan tak nak bubar sekarang atas nasihat gerombolan....
tungguuu.... dua tahun lebih automatic bubar.....
yang penting MB nizar & team tak mengalah dengan taktik sumbang sumbing ameno tu.....
alfarisi said…
zambri tegak kerajaan haram!!!
melayu umno memalukan negara di mata dunia!!!
mari kita kempen..jauh kan sedara mara kita dan jiran jiran kita..
jauh kan dari maklok perosak umno/bn!!!
" UMNO MEMPARIA KAN RAKYAT!!!
" UMNO PENGKIANAT BANGSA!!!
" UMNO PEROSAK AGAMA!!!
" UMNO PENYERU KE NERAKA!!!
Unknown said…
UMNO mesti berfikiran positif. Lagi lama Perak berada dalam keadaan krisis, lagi akan menambah kemarahan rakyat kepada Najib. Ditangan Najib ada 'pisau' dan dia ada pengaruh untuk membubarkan DUN Perak.

Kesan dari krisis ini akan memberi imej yang sangat buruk kepada Najib pada pilihanraya umum ke 13 nanti. Malah UMNO dan BN akan kalah lebih teruk dari pilihanraya yang lepas.

BN dan UMNO sebenarnya tidak rugi apa-apa kalau bubarkan DUN Perak kerana sebelum ini Perak memang kepunyaan PR. UMNO tidak hilang apa-apa kalaupun kalah di Perak.

Yang lebih penting kepada UMNO ialah fikirkanlah nasib UMNO pada pilihanraya ke 13 nanti.

Jangan jadi, nak untung secupak rugi segantang.