CHIN PENG, KOMUNIS VS KEMELUT POLITIK PERAK, IMEJ NAJIB, PENANTI, MANEK URAI DAN EKONOMI

Tiba-tiba sahaja nama Chin Peng dan gerakan komunis menjadi popular. Semuanya gara-gara media memainkan isu ini saban hari dan waktu.
Rakyat seolah-olah lupa isu sebenar yang sedangkan melanda negara iaitu imej negara dan pemimpin negara yang tercalar kerana pencabulan demokrasi dan dakwan media luar kepada pemimpin negara.

Rakyat diulit dan dibuat dengan cerita-cerita kekejaman komunis yang sememangnya dikutuk oleh semua orang. Rakyat dihidangkan dengan hujah-hujah Chin Peng tidak dibenarkan kembali.
Tiba-tiba semangat patriotik rakyat meningkat bagi mempertahankan negara. Saya memang menyokong usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik ini.
Namun isu yang lebih relevan sekarang ialah isu imej negara dan pemimpin negara yang teruk tercalar bukannya isu komunis yang telah dilupakan.
Secara kesimpulannya isu komunis ini jelas dipergunakan oleh media untuk mengalihkan isu sebenar yang sepatutnya difikirkan oleh rakyat dan pimpinan negara untuk diselesaikan segera.

Comments

serupasekala said…
SEMEMANGNYA DIMALYSIA SEJAK DARI DULU LAGI SATU BERITA HANGAT TINBUL ,ADE LE BERITA YANG BARU SENGAJA DIHANGAT HANGATKAN BAGI TIMBUS BERITA SEBELUM NYA. CONTOH NYA DULU CERITA KU LI LAWAN PRESIDEN UMNO DI TENGGELAMKAN DENGAN CERITA SEMARAK SANA SEMARAK SINI .

MASIH KAH KAU INGAT ........SAMA JUGA DENGAN PENANTI.
pingpong said…
kalau tak silap Chin Peng lah orang yang memperkenalkan istilah ONE MALAYA dalam tahun 1941 dan kini ditiru pula dengan ONE MALAYSIA ada apa-apa ke??
Tak hairan ke kenapa Chin Peng tak di benarkan masuk negara Malaysia?
Negara ini ada akta ISA, dan ISA ini khas di reka/di cipta/ dibuat untuk Chin Peng dan ahli Parti Komunis Malaya sahaja.
Ada kah Chin Peng tak layak duduk dalam kamunting? Dan chuma Raja Petra yang layak?
Tapi Raja Petra bukan nya ahli PKM.