BN BAKAL TERSUNGKUR DI MANEK URAI 14 JULAI, SETELAH KECUT PERUT DI PENANTI

BN bakal tersungkur buat kali ke enam berturut-turut pada PRK di Semenanjung andaikata mereka bertanding di Manek Urai nanti.

SPR mengumumkan 6 Julai sebagai tarikh penamaan calon dan 14 Julai tarikh BN akan dikuburkan iaitu tarikh pengundian.
Andaikata BN berdegil untuk bertanding juga saya harapkan PAS Kawasan Kuala Kerai mesti menggali kubur BN di kawasan perkuburan berdekatan Manek Urai untuk menguburkan 'bangkai' BN yang sudah pasti busuk lagi membusukkan.
Semasa hidupnya pun BN busuk dan meloyakan akibat rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, kezaliman dan lain-lain maka sudah tentu 'bangkai'nya lebih memualkan dan boleh dihidu baunya hingga ke Padang Tengku dan Berchang di Kuala Lipis yang perjalanannya kira-kira 2 jam - 3 jam dari Kuala Kerai.

Saya mengharapkan BN tidak bertanding di Manek Urai bagi menyelamatkan hidung orang Manek Urai dari tercium kebusukan BN dan Umno. Jika tidak nanti sudah tentu topeng muka akan laku di sana bagi melindungi hidung rakyat di sana dari bau busuk BN dan Umno.

Comments

Pemuda UMNO K.Krai said…
tuan sofi..
jangan terlalu angkuh.BN atau UMNO belum tentu tersungkur di Manek Urai.jgan buat2 tak tau (mungkin saudara tak tau..)prestasi arwah pak su weil memang tak buleh pertikai tapi prestasi YB2 PAS (terutama ust latif selaku YDP kawasan yang baru) agak dicurigai..majoriti yg hanya 1000 lebih tu bukan satu angka selamat..UMNO akan buat apa saja utk memang walaupun dgn hanya 1 undi. Untuk makluman tuan juga, sepanjang kegeringan arwah paksu weil, UMNO sudah mula memasukkan jarum..hatta sekarang, PAS sibuk nak buka pos dan bangsal panas tapi UMNO sibuk memancing undi..beza tu tuan!!!PAS masih leka dengan pemilihan dan jawatan samada di peringkat pemuda kelantan dan kawasan..saya berani mengatakan bahawa Manek Urai menjanjikan perlawanan sengit antara PAS dan UMNO...jangan tuan terlalu 'over confidence'..Allah pun tak suka kita angkuh (tapi artikel tuan jelas keangkuhannya)...tunggulah hari mengundi nanti..wassalam
Pembela said…
Rakyat telah muak dengan keangkuhan UMENO,aku yakin UMNO bakal tersungkur di Manek Urai,Pemuda nak sangat UMNO bertanding di Manek Urai kerana nak dapat projek je,kerana hanya masa PRK inilah saje peluang untuk buat rumah baru,beli keta baru dan kumpul sebanyak mungkin duit hasil dari projek mee segera...

Aku sokong sofi,UMNO InsyaALlah akan membusuk di Manek Urai.

Tak perlu nak permainkan isu rebutan dalaman PAS kerana itu hanyalah rekaan yang lebih sudu dari kuah....
Anonymous said…
Kalau BN menag di Manek Urai, saya cadangkan Kelantan diberi cuti sehari..wakakakakakaka
Anonymous said…
BN kaya dengan tipu muslihat dan wang ringgil yang di curi dari hasil wang cukai rakyat dengan mengunakan lesen yang sah untuk berkuasa..

Orang Kampung dipendalaman di perbodohkan oleh BN untuk memancing undi..
zakaria @ black said…
Muak dgn PAS sebenarnya... takde pembangunan langsung kat kelantan.. ibarat tong sampah, masuk je kelantan busuk nak mampos, melantong.. mcm tu la kelantan di bawah PAS skang...